Patrick Teoh mengaku tidak bersalah
JOHOR BAHRU: Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, Mei lalu.
Tertuduh, Teoh Kang Yong, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Teoh didakwa menggunakan laman sosial Facebook Page 'Patrick Teoh' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya iaitu 'Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Niamah' dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) Akta yang sama.Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Hakim kemudiannya menetapkan 20 Julai depan bagi serahan dokumen, selain menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Wong Hong Yi dan M Puravalen.
Terdahulu, Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, sebelum keterangannya diambil.
Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan direman lima hari mulai 10 Mei lalu sebelum dilepaskan dengan jaminan polis. (BH)
Tak padan cacat (OKU)...Hati penuh dengan kejahatan dan derhaka. Patut tarik kerayatan Malaysia segera. Tak tahu malu...hidup dan menumpang ditanah orang melayu...lupa diri dan kurang ajar...ptuuii kopet kulop !!!!
ReplyDelete