Friday, June 05, 2020

Menjana Semula Pemulihan Ekonomi – Syahir Sulaiman


Sikit Tazkirah Ekonomi:
SEKALI ombak menghempas, sekali pantai berubah.

Itulah realiti yang melanda negara setelah berdepan dengan gelombang Covid-19. Ombaknya sudah reda tetapi kesannya sangat ketara.

Suka mahupun tidak, kelaziman baharu ataupun ketidaknormalan baharu (new abnormal) yang menyusul ini, akan mengubah lanskap kehidupan dan kanvas ekonomi dalam tempoh yang agak lama.

Namun atas sifat semulajadi manusia, setiap perubahan yang melanda akan diadaptasi dengan segera bagi memastikan kelangsungan hidup dapat diteruskan sebaiknya.

Impak ekonomi
Sebagai sebuah negara yang saling bergantung kepada ekonomi terbuka (inter-dependent economy), penutupan sempadan dan kawalan pergerakan (PKP) telah membantutkan aktiviti dalam semua sektor dan rantaian ekonomi negara.
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, jumlah kehilangan ouput ekonomi Malaysia pada suku pertama 2020 adalah sebanyak RM22.8 bilion yang disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.
Sejajar dengan itu, KDNK negara berkembang 0.7 peratus pada suku pertama 2020, terendah sejak 2009. Tanpa Covid-19, ekonomi negara diunjurkan boleh berkembang pada kadar 3.9 peratus hingga 4.2 peratus.
Jumlah penganggur pada Mac 2020 meningkat 17 peratus kepada 610,500 orang, menjadikan kadar pengangguran 3.9 peratus, rekod tertinggi dalam tempoh 5 tahun.
Bagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak Covid-19, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi ataupun Pakej PRIHATIN berjumlah RM250 bilion, memfokuskan untuk membantu rakyat yang terjejas, memudahkan aliran tunai, dan menampung dayatahan perniagaan.
Selain bantuan di pihak kerajaan, sektor perbankan turut berperanan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat dan perniagaan, di samping bantuan kebajikan yang disalurkan terus oleh NGO, sektor korporat dan Baitulmal kepada golongan yang memerlukan.
Menjana semula ekonomi
Ekonomi negara dijangka pulih apabila 1.2 juta entiti perniagaan kembali aktif dengan segera.
Menurut Menteri Kewangan, Malaysia kini berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021, sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja kembali bekerja membabitkan beberapa sektor ekonomi utama.
Pendekatan 6R yang digariskan kerajaan, iaitu ‘Resolve’, ‘Resilience’, ‘Restart’, ‘Recovery’, ‘Revitalise’ dan ‘Reform’ adalah kerangka pemulihan ekonomi yang perlu disegerakan.
Dalam jangka masa pendek, tumpuan perlu diberikan untuk menjana peluang pekerjaan (job creation) dan memangkin daya tahan perniagaan.
Kerjasama awam-swasta boleh digerakkan bagi menyerap pekerja yang diberhentikan serta penganggur sedia ada melalui program latihan kemahiran (upskilling & reskilling), latihan keusahawanan, bantuan pemasaran dan sokongan perniagaan baharu (start-up).
Dalam jangka masa sederhana, insentif kos dan cukai perlu diberikan kepada industri dan PKS untuk mengurangkan kebergantungan buruh asing dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pertanian, bagi membolehkan lebih ramai anak tempatan mendapat kerja, khususnya lambakan graduan baharu menjelang separuh kedua 2020.
Digitalisasi dan teknologi adalah peluang baharu yang perlu dimanfaatkan, bukan sahaja dalam sektor perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan, namun boleh dilebarkan ke dalam sektor pertanian dan pembangunan luar bandar.
Dalam jangka masa panjang, penyusunan semula struktur ekonomi yang lebih mampan adalah jalan baharu yang perlu diteroka.
Isu kemiskinan dan kesenjangan pendapatan (income inequality), jaminan sosial (social safety), jaminan makanan (food security), kelestarian alam (sustainability), pekerja berkemahiran rendah (low-skilled labour) dan hutang kerajaan (fiscal debt) adalah permasalahan legasi yang memerlukan pendekatan baharu dan berani.
Namun di sebalik segala cabaran ini, muncul pelbagai peluang baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama, dengan penglibatan pihak kerajaan, usahawan, institusi pembiayaan, institusi pendidikan, pekerja, dan pengguna.
Bidang keusahawanan pastinya akan menyaksikan lonjakan, khususnya dalam kalangan usahawan belia, usahawan digital dan usahawan tani. Kepakaran sains dan teknologi akan terus dipertingkatkan, bukan sahaja dalam sektor perindustrian dan pembuatan, termasuklah dalam sektor pertanian dan perkhidmatan bagi memanfaatkan kemahiran dan kebolehan anak tempatan.
Justeru semua pihak perlu berperanan sebagai #penjana pemulihan ekonomi negara, dengan normal baharu yang mungkin menjadi kelaziman yang berkekalan. Umpama banjir besar yang melanda, akan muncul selepas itu suatu lembah yang subur menghijau.
SYAHIR SULAIMAN
4 Jun 2020 HARAKAHDAILY 4/6/2020

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

4 comments:

Anonymous said...

Survival is a mother on invention. Orang melayu sampai lagi ke tahap itu. Masih lagi di tahap bantuan.

Anonymous said...

Melayu maju bila merantau than survival mode kick in. Jepun maju lepas kalah perang. Cina maju bila kebuluran culture revolution. Isreal maju bila hidup di tanah kosong di
Sumeria. Amerika maju lepas great depression. Russia maju lepas 1917.Indonesia maju lepas era 1965. Maju bila lepas kesusahan yg amat untuk survival. Bila hidup dalam
Kesenangan amat susah nak maju.

Anonymous said...

42% sudah hilang pekerjaan....bukan mudah PN nak pulihkan ekonomi....banyak sektor sudah tutup dan lingkup..

Barangan nak eksport ke negara mana?...cina hadapi masalah tak ada permintaan dari luar negara..

Pelabor asing blm mahu datang kerana covid dan kawalan pergerakan...

Anonymous said...

Job losses may surpass Bank Negara projection, says DAP man
FMT Reporters -June 5, 2020 10:01 AM
336
Shares


DAP’s Ong Kian Ming says it may not be easy for those who have lost their jobs to find new ones in the current economic situation.
PETALING JAYA: A DAP MP today voiced concern over the unemployment situation in the country, saying 2020 figures are likely to surpass Bank Negara Malaysia’s estimate of 4%.

In a statement, Ong Kian Ming said he estimated that some 1.67 million jobs were at risk in five vulnerable sectors: travel and tourism, wholesale and retail, construction, manufacturing and agriculture.

If these jobs were lost, added to the existing figure of 600,000 as of March 2020, it would mean that unemployment would have surpassed the two million mark, he said.

“The total labour force was 15.8 million as of March 2020. With an estimated 2.3 million unemployed, we may reach a 14% unemployment rate at the height of this economic crisis.”



From January to April, Ong said, the loss of employment reported to the Employment Insurance System (EIS) was 37,347 jobs, a 156.5% increase from the 14,561 jobs lost in the same period last year.

“What is more worrying is the projections made by the EIS centre that total loss of employment will increase from 40,084 in 2019 to 106,700 in 2020, or an increase of 266%,” the Bangi MP said.

He added this only reflects a part of the unemployment situation as not all workers are registered under the EIS.

“We must also keep in mind that those who may have lost their jobs in the past will not find it as easy to find another job soon in the Covid-19 economy.”

If unemployment is projected to increase by 2.5 times reflecting the projected loss of unemployment by the EIS centre, Ong said the unemployment rate could hit 8.4% in 2020.

The DAP assistant political education director added that some jobs which are at risk might have been saved by the government’s Wage Subsidy Programme and Employee Retention Programme.

But he said it would be wrong to claim these measures had saved 2.4 million jobs which the Malaysian Institute for Economic Research previously estimated would be lost, as some companies would have continued operating without the initiatives.

Ong said some job losses and business closures could have been prevented if Malaysia had passed a Covid-19 relief bill prior to the movement control order as neighbouring Singapore did to provide temporary relief measures for the inability to meet some contractual obligations.

“In Malaysia, the legal affairs division in the Prime Minister’s Office is only now asking for feedback for a similar bill.”

He also said the government should focus on plans to revive sectors which were most affected, including tourism, and increase assistance to businesses and individuals beyond what has already been announced.

“If the loss of employment figures are not taken seriously, any further action by the government may come too late and the increase in unemployment to between 8% and 14% will have serious societal as well as economic implications.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails