Wednesday, June 17, 2020

'Menolak pendekatan liberal yang ekstrem dan sinis'. -Ust Ahmad Fadhli Shaari


Isu Eric Paulsen: Tindakan kerajaan dipuji

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas tindakan pantas menarik semula pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).


Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, maklum balas pantas kerajaan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh pelbagai pihak mengenai pelantikan Eric menunjukkan kerajaan hari ini prihatin kepada suara rakyat.
“Terima kasih Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Menteri berkaitan yang prihatin dengan kebimbangan kami.
“Alhamdulillah, kebimbangan kami dirasai dan diberikan perhatian yang sangat pantas.
“Rakyat sayang kerajaan ini,” tulisnya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, hari ini.
Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli majlis perundingan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, kementerian mengatakan ketiadaan Eric tidak akan mempengaruhi fungsi MPKM, yang dibentuk pada 9 Jun.
“Majlis akan terus berperanan dalam membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan kebijaksanaan untuk masalah komunikasi dan multimedia sesuai dengan objektif kementerian,” kata penyataan yang dikeluarkan oleh unit komunikasi korporat kementerian itu, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Fadhli mengajak umat Islam menyatakan bantahan terhadap pelantikan Eric kerana Eric terkenal dengan kelantangan mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Sehubungan itu, pelantikan Eric sama sekali bercanggah dengan hala tuju kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menolak pendekatan liberal yang ekstrem dan sinis. – HARAKAHDAILY 16/6/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails