SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menyindir DAP, malah turut memberi saranan nakal kepada parti itu untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden DAP.
Ia susulan keputusan muktamad Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini untuk kekal mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan sedangkan umum mengetahui DAP membuat keputusan sebaliknya iaitu mahukan Dr Mahathir menjadi calon jawatan nombor satu negara itu.
“Memandangkan DAP masih tegas untuk sokong PM7 (Perdana Menteri ketujuh) jadi calon Perdana Menteri tetapi PKR kini sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden partinya.
“Dengan ini DAP boleh calonkan pemimpin parti sendiri jadi Perdana Menteri,” tulisnya di Facebook.
Terdahulu, PKR dalam satu kenyataan hari ini menegaskan parti itu tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.
Bagaimanapun, PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memaklumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sementara Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tegasnya, adalah penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut dan tidak boleh ada ketidakpastian jika mahu PH melangkah ke depan. – Sinar Harian
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
10 comments:
Adui yay. Dari negarawan negara jadi presiden dap. Parti yg dia maki dulu, kini menjadi tempat perlindungan. Mungkinkah ini makbul doa orang mukmin yg dianiaya semasa jadi pm selama 22 tahun.
Tommy adalah Peguam Negara kepada PH. Dia bukan Peguam Negara kepada ‘negara’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Puad Zarkashi berkata, afidavit bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memujuknya supaya menangkap Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri.
“Gopal adalah jentera konspirasi Mahathir supaya Najib sebagai PM ketika itu ditangkap di pejabatnya.
Dulu madey berjaya tangkap bang non kat rumah. Tapi madey gagal tangkap najib kat pejabat.
Rosmah pun patut diangkat sebagai wanita muslimah pas. Emas beg duit berjuta tu adalah infak kpd umat islam. Jgn lupa.. Wlupun tanpa gaji, dan hanya berhusbandkan pm yg gajinya kurang dari ceo tnb, mrk mampu simpan beratusss juta. Kami oas ada dalilnya bhw harya itu sah dan halal. Hehehe
Hadi awang pun elok jadi presiden iran. Diankata syiah tu mazgab dlm isle. Kahkah
Power fitnah. Najib belum terbukti salah. Tapi dap dah tentukan madey jadi pm. Nuar kena tendang. Parti yg tikam belakang. Dulu kena pada pas, kini pada pkr. Sabu belum lagi. Madey pun akan jadi mangsa dap.
Setakat ini pas bersih dari korup. Tahniah tghh.
Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cadangan DAP supaya memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-9 selama enam bulan, maka Presiden PKR itu adalah ahli politik paling ‘tak cerdik’ dalam dunia.
Apatah lagi selepas berkali-kali ditipu Dr Mahathir yang pernah berjanji untuk menyerahkan kuasa ketika kerajaan PH memerintah negara, kata Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil.
Beliau berkata, cadangan membenarkan Dr Mahathir menjadi PM selama enam bulan menunjukkan parti tamak haloba DAP hanya mahu menggunakan Dr Mahathir untuk menang pilihan raya, kemudian ‘pakai-buang’ sahaja tokoh tersebut umpama lampin bayi.
Kasihan Non kena tikam dari belakang dengan DAP dan KHADAMnya!
Tu la siang2 lagi ramai berpesan jangan berkawan dengan parti KAPIR ni!
Selama ini mereka hanya bermuka2, mereka tahu anda kini sudah tiada lagi pengaruh, jadi sudah TIDAK BERGUNA lagi, jadi kena tendanglah!
Kan dah kena!
Tuhan jadikan orang kafir bukan untuk saja saja. Tapi untuk menyesatkan orang islam. Lihat apa jadi pada atok dan atok muda. Sabu pun sanggup tinggalkan jamaah islam setelah disesatkan oleh dap.
Post a Comment