Wednesday, June 24, 2020

Ooi Eow Jin dilayan buruk di pusat jagaan

Pengarah muzik veteran, Datuk Ooi Eow Jin dan isterinya, Datin Khaw Lean Kee kini hidup atas wang ihsan sumbangan orang ramai.
Pengarah muzik veteran, Datuk Ooi Eow Jin dan isterinya, Datin Khaw Lean Kee kini hidup atas wang ihsan sumbangan orang ramai.
HALAMAN HIBURAN


PETALING JAYA: Isteri pengarah muzik veteran, Datuk Ooi Eow Jin, Datin Khaw Lean Kee bersyukur ramai insan menunjukkan keprihatinan terhadap nasib menimpa suami dan anaknya, Raymond.
Sejak berita penderitaan maestro muzik berusia 82 tahun itu tular dua tahun lalu, kata Lean Kee, mereka tiga beranak hidup atas wang ihsan sumbangan orang ramai, malah terdapat tiga individu tidak dikenali menjadi penyumbang tetap setiap bulan.


"Saya bersyukur Tuhan sentiasa ada dan mendengar setiap doa. Saya sudah tua dan tidak larat, saya juga tiada pendapatan tetap. Jadi, wang yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai digunakan untuk menampung hidup kami sekeluarga.
"Saya menggunakan wang dengan berjimat cermat. Saya hanya membeli barangan keperluan untuk kegunaan suami dan anak seperti makanan lembut, susu dan lampin pakai buang.
Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada Datuk Ooi Eow Jin yang kini terlantar akibat penyakit Alzheimer. Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada Datuk Ooi Eow Jin yang kini terlantar akibat penyakit Alzheimer.
"Semua wang sumbangan digunakan untuk membeli keperluan untuk mereka sahaja. Hasil wang bantuan ini jugalah digunakan untuk membayar upah pembantu yang menjaga kami," katanya kepada BH Online.
Lean Kee berkata, sebelum ini, dia pernah menghantar suami dan Raymond yang kini berusia 56 tahun ke sebuah pusat jagaan.
Namun, katanya, layanan buruk yang diterima daripada pusat berkenaan menyebabkannya serik dan membuat keputusan membawa pulang suami dan anak ke rumah.
Dengan bantuan pembantu yang sudah berkhidmat dengannya sejak dua tahun lalu, Lean Kee berkata, sedikit sebanyak ia meringankan bebanannya, apatah dia juga kini sudah tidak larat, usianya kini memasuki 80 tahun.
"Sebelum ini, suami dan anak pernah dihantar ke pusat jagaan, tetapi beberapa insiden yang berlaku menyebabkan saya terpaksa membawa mereka pulang. Mereka hanya sempat berada di pusat jagaan selama tiga bulan, sebelum saya mengambil seorang pembantu.
"Kos untuk membayar pembantu sahaja menelan RM4,000 sebulan kerana dia bukan sahaja perlu menguruskan suami dan anak, malah rumah dan saya yang kini semakin uzur," katanya.
Penderitaan keluarga itu terus mendapat perhatian apabila mereka menerima kunjungan bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Lean Kee.
Pada majlis sama, beliau turut menerima sumbangan sebanyak RM55,000 bagi membantu pembedahan membuang tumor pada otak Raymod.
Eow Jin memulakan kerjaya dalam arena muzik dengan menganggotai Orkestra RTM selama empat dekad bermula 1963 hingga 1983, sebelum berhijrah ke TV3, setahun kemudian.
Beliau kemudian bekerja sebagai pegawai kebudayaan sebuah universiti pada 1989 dan tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Kali terakhir Eow Jin bekerja adalah sebagai pemain piano solo di sebuah hotel di ibu negara hingga Jun 2015.
Beliau banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip. (BH)

4 comments:

Anonymous said...

cerita vellfire NDF x post ke syeikh?

Anonymous said...

Ada jasanya. Elok diberi bantuan. Tidak timbul kecoh pun.

Anonymous said...

Singapura akan adakan pilihan raya umum di tengah gelombang Covid-19

Ayohh rakyat Singapura jatuhkan kerajaan Lee Kwan Yew super nepotisma, super kroni dan rasis. Rakyat Singapura jadi hamba pada keluarga Lee Kwan Yew dan saudara mara Lee Kwan Yew dan kroni.

Pada umat Melayu Islam di Singapura sokong pembangkang tolak lambang PAP.

Presiden Singapura, Halimah Yacob semalam membubarkan Parlimen negara itu, sekali gus membuka jalan pilihan raya umum diadakan biarpun negara itu masih berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Melalui watikah perisytiharannya beliau berkata, menurut perlembagaan negara itu, pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembubaran parlimen.

Pada kaum Cina dan India Singapura tolak lambang Parti PAP. Kaum Cina di Singapura perlukan young brave heart Amos Yee.

Hancurkan Kerajaam Super Kroni Lee Kwan Yew..

Singapore for Singaporean not for Lee Kwan Yew Family Tree.

Anonymous said...

Atok ditendang dari umno. Kemudian masuk umno. Kemudian ke bersatu. Kini ke dap. Lepas ni ke mana pulak? Cukuplah atok. Berpolitiklah pulak untuk akhirat. Bantu kerajaan sekarang bersama rakyat malaysia yg lain. Wakafkan harta yg dikumpul ketika jadi pm 22 tahun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails