Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Sebelum Masuk Ke Malaysia
LANGKAWI – Peratusan pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyusup masuk ke negara ini melalui laut adalah sangat tinggi berikutan sempadan perairan negara hanya 2.5 batu nautika dengan pulau di sempadan Thailand.
Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abd Hamid Ali, berkata ini berikutan pulau-pulau negara jiran yang terdekat dengan perairan negara adalah antaranya Pulau Tarutao, Koh Lipe dan Pulau Koh Adang.
“Pulau-pulau berkenaan mempunyai persempadan negara yang kecil dari Pulau Langkawi dan pulau ini dipercayai menjadi tempat mereka berselindung sebelum menceroboh masuk ke perairan negara ini.
“Oleh itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin sentiasa bertugas siang dan malam bagi mengawai sebarang pencerobohan,” katanya kepada Bernama dalam liputan eksklusif media bersama Pasukan Petugas Kebangsaan, di sini.
Abd Hamid berkata pihaknya mempunyai tiga sektor (pejabat operasi) yang mengkoordinasi dan mengawasi sempadan perairan negara di Pulau Langkawi daripada diceroboh oleh PATI.
“Sektor pertama adalah APMM, sektor kedua adalah polis marin dan sektor ketiga adalah TLDM yang masing-masing mempunyai komandernya sendiri untuk lapor sebarang kegiatan kemasukan pendatang tanpa izin di perairan negara,” katanya.
Beliau berkata penugasan koordinasi bersama ketiga-tiga agensi penguatkuasa berkenaan adalah lebih mudah walaupun ia dikoordinasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah lebih terjamin khususnya dalam Op Benteng.
Ditanya mengenai cabaran dalam mengekang kemasukan PATI, Abd Hamid berkata antara cabaran besar adalah keterlibatan orang awam yang menjadi dalang kegiatan penyeludupan PATI etnik Rohingya.
“Dalam menentukan keselamatan perairan negara ini terjamin sepenuhnya, pihak kami bekerjasama dengan komuniti maritim yang sentiasa melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada kemasukan PATI di perairan negara.
“Sebelum ini, beberapa kes kemasukan PATI di perairan negara berjaya dihalang atas makluman awal komuniti maritim,” katanya.
Dalam pada itu, Abd Hamid menegaskan bahawa pihak berkuasa sedang mengawasi tekong darat dan laut yang terbabit secara langsung atau bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
Sementara itu, diminta mengulas tangkapan 269 warga Rohingya di perairan Langkawi baru-baru ini, beliau berkata ujian saringan COVID-19 terhadap mereka didapati negatif.
““Mereka (PATI) tidak didedahkan kepada rakyat tempatan Pulau Langkawi malah tiada risiko jangkitan COVID-19 kepada anggota bertugas ketika mengendalikan mereka kerana anggota telah dilengkapi dengan pakaian perlindungan selengkapnya,” katanya.
Pada 8 Jun lalu, Bernama melaporkan seramai 269 warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan oleh pihak berkuasa dan menemukan mayat seorang wanita dalam bot yang dinaiki mereka.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...
Pertama:
Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.
(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)
Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.
Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah.
Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.
Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya.
Kedua:
Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain.
Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia.
Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.
Tel 011 33111321 (KL)
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana mendapatkan benihnya? Sila hubungi..Pak ZuuTel 011 33111321 (KL)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
1 comment:
Tertangkapnya penguasa tempatan yg kutip bayaran adalah petualang. PATI mesti ikut saluran, bukan ikut bayaran.
Post a Comment