Tuesday, June 16, 2020

Pemandu Bas Yang Mulia Hati &Tidak Mabuk..


Tindakan berani seorang pemandu bas di Miskolc, Hungray mendapat pujian ramai selepas dia bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir diragut.


Tindakan berani pemandu bas


Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, insiden cemas itu berlaku ketika dia sedang memandu bas di kawasan pasar Ujgyor dan terlihat seorang wanita tua sedang bergelut dengan peragut menggunakan tongkatnya.
Video tersebut sempat dirakam kamera pengawasan bas memaparkan pemandu bas yang juga merupakan bekas askar itu telah memberhentikan kenderaannya dan berlari ke arah wanita berkenaan sebelum menolak peragut tersebut.

Suspek berjaya ditahan

Pemandu bas itu kemudian memeriksa keadaan sekeliling dan melihat suspek telah pun melarikan diri. Sebaik sahaja kelibat suspek tidak kelihatan, individu tersebut telah membawa mangsa menaiki bas untuk meneruskan perjalanannya.
Sementara itu, mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran daripada insiden cemas itu. Difahamkan, suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Sumber: Daily MailMetro UK

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tentu pemandu bas itu tidak mabuk. Kerana ia berjaya membantu wanita warga emas yang sedang bergelut dengan peragut. Bukan seperti pemandu-pemandu mabuk di Malaysia yang merosakkan suasana sekitar, membunuh, mencederakan diri sendiri dan orang awam yang tidak bersalah. Kerana... mabuk punya hal!

6 comments:

Anonymous said...

ini bukan soal mabuk atau tidak.ini soal akhlak orang bukan islam yg patut dicontohi dan diikuti oleh orang islam

sayednoordin said...

Bulan lepas, seorang ustaz di Perak,menyelamatkan beberapa orang gadis daripada lemas setelah kereta mereka terbabas ke dalam parit...itu juga patut jadi contoh..

Anonymous said...

Orang waras sengaja berniat untuk jadi tidak waras dengan mabuk minum arak. Bila tidak waras susahkan masyarakat. Isteri jadi balu, suami jadi duda, anak jadi yatim, adik hilang abang, abang hilang adik. Sebab minum arak, nyawa orang lain melayang.

Anonymous said...

Sebilangan umat Islam telah dan sedang menunjukkan akhlak yang mulia supaya dicontohi dan diikuti oleh manusia.

Malangnya segelintir umat Islam yang jahil murakkab suka mengikut contoh akhlak buruk orang kafir seperti cara hidup sesat seperti arak, judi, pergaulan bebas, seks bebas dll dan menjadi barua musuh Islam dan menjilat pemimpin kafir Harbi dan pemimpin munafik liberal dll dan menghina ulama Islam.

Anonymous said...

Setuju.

Anonymous said...

Pemandu mabuk sepatutnya didakwa membunuh di mahkamah kerana mereka memilih untuk mabuk dan memandu secara mabuk secara sukarela. Kerajaan perlu bertindak segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails