Wednesday, June 03, 2020

Pengajaran dari kes George Floyd

Pengajaran dari kes George Floyd

AMERIKA Syarikat mencatatkan kematian dan positif COVID-19 yang tinggi. Cara Donald Trump menguruskan pandemik ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak, termasuk dari rakyat Amerika sendiri. Alhamdulillah, Malaysia pula dapat menguruskannya dengan baik.
Dalam keadaan demikian, tular klip video yang menunjukkan seorang lelaki kulit hitam dipijak tengkuknya oleh seorang polis. Rakan polisnya yang lain seperti menghalang orang ramai dari mendekati. Kata-kata “I can’t breathe” beberapa kali keluar dari mulut si kulit hitam itu. Ada beberapa suara luar klip itu merayu supaya si kulit hitam itu tidak diapa-apakan. Namun cara polis itu terus menekan lehernya seperti menekan leher binatang supaya mati.
Wallpaper' Ini Mampu Membuatkan Telefon Mudah Alih Gagal Berfungsi
Hingga artikel ini ditulis, demonstrasi aman dan ganas merebak ke pelbagai negeri dan wilayah di Amerika. Ada yang benar-benar menunjuk perasaan tidak puas hati dan menuntut keadilan terhadap kematian George Floyd. Mungkin ada juga yang mengambil kesempatan untuk merompak, membakar bangunan, merusuh secara salah melalui demonstrasi yang berlaku.
Trump mengarahkan pemimpin wilayah atau negeri mengambil tindakan tegas kepada penunjuk perasaan. Tangkap, sumbat mereka dalam penjara. Anggota keselamatan dikerah dengan ramai.
Amerika dianggap negara maju, kuasa besar dunia dan hebat. Soalnya kemajuan bentuk bagaimana yang diukur? Bangunan pencakar langit? Teknologi yang hebat dan canggih? Kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan?
Dalam kehidupan, peri kemanusiaan antara sesama manusia diletak tinggi oleh Islam. Adakah kerana kulit George Floyd itu hitam lalu dibuat demikian? Atau jika dia mempunyai kes jenayah, maka sepatutnya ia dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan, bukannya dipijak leher sedemikian rupa sehingga membawa kepada kematian.
Amerika, semenjak Abraham Lincoln, cuba mengatasi isu warna kulit dan perhambaan orang kulit hitam. Obama yang kulitnya seperti itu juga gagal menyelesaikan isu sensitif tersebut sebelum ini. Malang, apabila sebuah negara maju, kuasa besar dunia dan dianggap hebat gagal hingga kini mengatasi isu warna kulit.
Di zaman kegemilangan Islam, Bilal bin Rabah, berkulit hitam dan bekas hamba boleh menjadi manusia terhormat dan dihormati kerana iman, takwa dan amalnya, mengatasi kaum Quraisy berkulit putih kemerahan tetapi angkuh dengan sistem jahiliyahnya. Melalui hukum membebaskan hamba dalam pelbagai cabang fiqh, sistem perhambaan dihapuskan dalam pemerintahan Islam. Dalam masa yang sama, Islam mengambilkira juga keistimewaan Quraisy untuk menjadi pemimpin, iaitu meraikan kelompok majoriti dan asal dalam sebuah negara.
Di Amerika, mungkin hanya segelintir kecil polis Amerika yang bersifat sedemikian hingga menekan tengkuk si kulit hitam, tetapi ia cukup memberikan kesan kepada seluruh Amerika. Hanya kerana George Floyd dan ayat dari mulutnya “I can’t breathe”, tunjuk perasaan, keganasan, dan ketidakstabilan meningkat di Amerika dengan cara yang tak disangka.
Adakah ia bersifat sementara? Atau di saat gagal menghadapi pandemik COVID-19 dan ditambah dengan kes kematian George Floyd berkulit hitam ini akan menjadi satu tanda gelap lebih teruk buat Amerika? Tunggu dan lihatlah.

2 comments:

Anonymous said...

Pengalaman merupakan pengajaran dan pendidikan terbaik. Jangan terpedaya dengan fitnah. Jangan dikencing kali kedua.

Anonymous said...

Hoi RBA @ anjing kurap ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs nak kencing rakyat termasuk orang asli pun agak-agaklah sebab rakyat sudah tahu Pakatan Hancing adalah pakatan pembohong yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, fitnah pembohongan dan u-turn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails