Pelaksanaan PKPP dijangka memacu perniagaan dan mendorong peningkatan pasaran kerja, terutama dalam industri berkaitan pelancongan. - Foto BERNAMA
Sikit Tazkirah Ekonomi:
Penganggur cecah 778,800 orang pada April, peningkatan 48.8 peratus - Jabatan Statistik
KL: Kadar pengangguran di negara ini melonjak kepada lima peratus iaitu seramai 778,800 orang pada April tahun ini.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, menerusi Survei Tenaga Buruh (STB), angka tersebut merupakan peningkatan 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut beliau, pada April lalu, penduduk bekerja menurun 156,400 orang iaitu penurunan satu peratus tahun ke tahun kepada 14.93 juta orang.
“Penduduk bekerja yang paling terjejas adalah di sektor pembuatan dan perkhidmatan iaitu penginapan dan makanan dan minuman; kesenian, hiburan, rekreasi dan perkhidmatan lain seperti pusat kecantikan dan salon.
“Dari segi bulan ke bulan, jumlah penduduk bekerja menurun 299,000 iaitu penurunan dua peratus berbanding bulan sebelumnya, Mac 2020 iaitu 15.23 juta orang,” katanya.
Berdasarkan survei itu juga, Mohd Uzir berkata, jumlah rakyat yang bekerja sendiri adalah sebanyak 2.59 juta orang yang sebahagian besarnya terdiri daripada peniaga atau pengusaha kecil-kecilan seperti di pasar tani, pasar malam, katering, gerai, pekerja bebas (freelancer), pekebun kecil, pengusaha pelancongan termasuk pengusaha aktiviti umrah dan ziarah serta lain-lain.
“Kumpulan pekerja ini terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan PKP.
“Berdasarkan survei ini, PKP telah memberi kesan kepada 4.87 juta penduduk bekerja yang tidak bekerja pada April 2020.
“Bagaimanapun, kumpulan ini tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka akan kembali semula bekerja,” ujarnya.
Siri masa kadar pengangguran, Malaysia, 1982 hingga 2019 dan Januari hingga April 2020. - Jabatan Statistik
Jelasnya, semua sektor ekonomi terkesan sepanjang tempoh PKP Fasa 2 dan Fasa 3 yang berlaku pada April 2020 terutamanya perkhidmatan tidak penting.
Malah, pasaran buruh Malaysia pada Mei 2020 dijangka terus terjejas berikutan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mei kerana perniagaan masih belum beroperasi sepenuhnya.
“Dalam tempoh ini, syarikat akan cenderung mengecilkan saiz pekerja mereka untuk meringankan beban kos operasi walaupun telah diramalkan pengurangan dalam pendapatan perniagaan mereka.
“PKP Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun 2020 di mana pengaktifan semula perniagaan untuk lebih banyak sektor dan perjalanan antara negeri dibenarkan.
“Pelaksanaan ini dijangka akan memacu perniagaan dan mendorong peningkatan pasaran kerja, terutama dalam industri berkaitan pelancongan,” katanya. (AA)
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
Dah tahu Covit19 banyak yang hilang kerja elok dicadangkan supaya umur persaraan wajib ditukar semula ke 55 atau 56 tahun.
ReplyDeleteRamai yang akan bersara wajib disamling pekerja baru boleh diserap ke dalam skim perkhidmatan awan.
Umur yg persaraan yamg dijalankan hingga 60 tahun atau ada cadang di naik 62 dah tak relevan lagi.
Masa Covit19 new norm perlu dipraktikan. Maka kembalikan umurbbersaea wajib pada 55 tahun.
60 tahun ini zaman Tun yang bodoh bistari punya idea.
Hapuskan saja legasi bodoh dia ini.
Dah tak relevan
Idea pakar ekonomi bertaraf nobel prize.. pencen awal.
ReplyDelete