Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (dua dari kanan) pada sidang media pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Chini, di Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan calon BN PRK DUN Chini
PEKAN: Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada 4 Julai ini.
PEKAN: Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada 4 Julai ini.
Pengumuman calon dibuat Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Shahrim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dibuat selepas mendapatkan pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundinya peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.
Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Shahrim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dibuat selepas mendapatkan pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundinya peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.
"Jumlah pengundi di DUN Chini ialah pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang mewakili 56.7 peratus daripada keseluruhan pengundi dan kita turut mengambil kira perkara ini untuk memilih calon.
"Calon ini juga anak peneroka generasi kedua FELDA dan sudah tentu beliau mempunyai pengalaman luas dengan masyarakat tempatan.
"Kita yakin calon ini yang turut mendapat persetujuan daripada rakan parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) mampu mempertahankan kerusi DUN ini pada PRK 4 Julai nanti," katanya.
Turut hadir pada majlis pengumuman di Pejabat UMNO Pekan ialah Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengarah Operasi PRK DUN Chini; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Ti Lian Ker dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.
Sementara itu, Mohd Shahrim Md Zain menganggap pemilihannya adalah ketentuan Allah kerana beliau difahamkan ramai individu lain yang disebut-sebut untuk menjadi calon termasuk Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib.
"Semua individu yang dicadangkan sebenarnya dilihat sangat baik dan layak menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini.
"Namun, ini ketentuan Allah dan izinkan anak peneroka generasi kedua FELDA Chini 3 untuk menggalas tanggungjawab besar ini. "Saya akan cuba menunaikannya dengan penuh amanah dan berintegriti serta memastikan DUN Chini kekal sebagai kubu kuat BN," katanya pada majlis pengumuman calon BN di Bangunan UMNO Pekan, di sini, hari ini.
PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).
PRK Chini adalah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.
Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).
"Seluruh jentera BERSATU akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi, susulan penularan wabak COVID-19.
Calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, di Bangunan U Bahagian Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
7 comments:
Jika Dr M mungkir janji, kami akan ‘paksakan’ pilihan raya, kata Anthony Loke dari Parti DAP berkait janji baru PH plus (PH+).
Janji manipesto yg dolu sudah lokos kena kencing kini buat janji baru pula.
Yang tambah pelik DAP yang 'paksakan' tun undur atau buat pilihanraya jika janji itu dicapati.
Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang beri arahan adalah DAP yang terima arahan puak Atok, puak PKR Bang Non dan puak PAN Mat Sabun.
Nampak tak siapa yang mencatur, memberi arahan dan mengarah itu ini dalam PH+..!? Pemimpin Melayu dalam PH+ hanya lah Melayu bacul seperti lembu dicucuk hidung.
Perjanjian baru dalam Pakatan Harapan (PH+) untuk mencalonkan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bakal menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang sekali lagi jika pemimpin veteran itu enggan berundur dalam tempoh 6 bulan yang ditetapkan, dedah seorang pemimpin DAP.
Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang menang ialah Cina DAP.
Sesungguhnya aku dah beri pesan dan aku sudah menjalankan tugas aku memberi peringatan.
Aku dah jalankan amanah aku sesuai dengan kuderat yang ada, seperti kisah Nabi Ibrahim dibakar api.
Ada seekor burung pipit mundar mandir cari air lalu mencurahkan air ke dalam api yg besar dam marak itu. Lalu gagak memperolok olok burung pipit 'buat apa kau buat kerja sia sia ini..!?
Lalu burung pipit membalas perolokan gagak itu 'aku sudah buat kerja mengikut kuderat dan anugerah yang Allah beri sesuai dengan usaha yang termampu.
Supaya aku tak disoal diakhirat depan tuhan ku nanti walau pun aku tahu api itu tidak akan padam dengan air yang ada di paruh aku yang kecil ini..!"
Selebihnya lu fikir lah sendiri Melayu dan Islam As sunah wal Jamaah atau Cina DAP Avanglista COMANGO Pluralisma Murtad Syiah Liberalis yang untung..!?
Adui. Mana nak letak maruah bila dap yg mencatur. Pas tinggalkan keluar pr bila dap mencatur apa pas perlu buat. Parti dari kaum pendatang mencatur parti bumiputera.
Kepada ahli pas sila pangkah calon BN dari umno. Kerja senang. Datang pusat undi pangkah. Lepas tu balik. Ada beras minyak ambik. Tak payah cakap banyak. Dtg bwk bendera BN lagi afdal.
Pastikan jumlah undi pas pru lepas sama banyak atau ditambah pd prk chini ni. Wala dgn tok ketua.
Umno pasti menang! Apapun berlaku umno tak akan pernah kalah! Hidup umno! Hidup BN.
https://focusmalaysia.my/opinion/22-reasons-why-mahathir-must-not-be-the-next-pm/
Itu dap main catur memang la dia terer. Kami pas ada teropong la. Ko pe tau
Semua rakyat malaysia undi umno. Jangan dikencing kali kedua oleh ph. Tak habis rebut kuasa yg dicatur oleh dap. Nanti habis aset islam kena jual.
Atok bukan calon pm yg popular di kalangan rakyat malaysia. Dia calon popular dap. Di kalangan dap, atok lebih popular banding anuar.
Kegagalan besar ialah wawasan 2020. Di bawah atok tidak pernah tercapai equti bumi 31% seperti dalam wawasan. Harga khianat mandat rakyat, tidak disanjung oleh rakyat, tapi disanjung oleh dap.
Post a Comment