Saturday, June 06, 2020

Penggiat seni sokong usaha kerajaan .

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. - NSTP/Salhani Ibrahim
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. - NSTP/Salhani Ibrahim
HALAMAN HIBURAN



Tiada kerenah birokrasi, agih bantuan segera

KUALA LUMPUR: Penggiat seni menyokong usaha kerajaan melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta bagi pelan pemulihan industri kreatif dan seni.
Bantuan khas diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, semalam.

Program bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta.
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, beliau melihat usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan yang berlaku kepada warga seni.
"Mungkin jumlah tidak terlalu banyak, tetapi saya percaya cukup untuk menggerakkan kembali kesuraman industri seni sejak kebelakangan ini.
"Apa sahaja yang memberikan kemudahan, peluang dan kebaikan kepada industri seni, tentulah perkara yang dialu-alukan. Skop industri kreatif dan seni luas dan banyak cabang, semoga penggiat seni mendapat manfaatnya.
"Saya yakin berita ini memberikan kelegaan kepada golongan terjejas. Sekurang-kurangnya, bantuan diberikan boleh dimanfaatkan untuk survival penggiat seni," katanya kepada BH Online.
Pengarah Urusan, Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berharap, industri kreatif diberikan bantuan untuk pembangunan yang lebih pesat.
"Saya sudah lama mengusulkan pembukaan Taman Tema Upin dan Ipin. Dengan adanya taman itu, dapat membangunkan pelbagai sektor seperti pembangunan insan, pelancongan dan perniagaan.
Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad
"Upin dan Ipin adalah jenama tempatan yang semakin terkenal. Lihat sahaja impak Fizi, baru-baru ini. Bila lagi kita mahu memanfaatkan populariti Upin dan Ipin untuk negara?," katanya.
Bagaimanapun, Burhanuddin bersyukur apabila kerajaan memandang berat pada pembangunan industri animasi dan kreatif.
Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim terkejut apabila kerajaan mengeluarkan dana besar bagi membantu pemulihan industri seni dan kreatif.
"Saya harap bantuan dapat diagihkan dengan segera, tidaknya dalam tempoh satu atau dua bulan. Ini kerana banyak perniagaan terjejas teruk akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Semoga proses mendapatkan wang bantuan ini dipermudahkan. Janganlah pula berdepan dengan kerenah birokrasi dan meletakkan pelbagai kriteria hingga menyukarkan warga seni mendapatkan bantuan.
"Bantuan seharusnya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Shiraz Projects sendiri mengalami kerugian bukan sedikit selepas banyak konsert terpaksa dibatalkan hingga hujung tahun berikutan COVID-19," katanya.
Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam. - NSTP/Aziah Azmee Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam. - NSTP/Aziah Azmee
Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, tidak menyangka keluhan warga seni mendapat perhatian daripada Perdana Menteri.
Sejak tempoh PKP dilaksanakan, bukan pekerja seni dan pelakon, malah penerbit juga terjejas teruk berikutan penggambaran ditangguhkan dalam tempoh lama.
"Saya sendiri terpaksa menanggung kerugian apabila dua filem, Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 yang bernilai RM10 juta tidak dapat ditayangkan, tahun ini.
"Jadi, ia membuatkan saya terpaksa berkira-kira untuk menghasilkan filem seterusnya. Mudahan bantuan kerajaan dapat meringankan kesakitan yang ditanggung penggiat seni," katanya.
Selebriti dan usahawan, Neelofa. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din Selebriti dan usahawan, Neelofa. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Selebriti dan usahawan, Neelofa berharap peruntukan yang diberikan kerajaan dapat memberi lebih ruang untuk penggiat seni berkarya dalam situasi mencabar ini.
"Pandemik COVID-19 membuatkan penggiat seni perlu menjadi lebih kreatif disebabkan kekangan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
"Menerusi bantuan kerajaan, saya yakin lebih banyak kandungan bermutu terhasil, sekali gus dapat memacu industri seni, budaya dan hiburan. Jadikan, bantuan dan peluang ini sebagai satu titik permulaan ke arah pembangunan pesat dan kompetitif," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penggiat seni sokong usaha kerajaan, al-hamdulillah. Jangan dilayan kerajaan 22 bulan dulu janji saja besar, ekor bergelumang tahi. 

Oh, ya. Apa yang penting, hiburan juga perlu ikut Syariat, kerana tiap kerja-buat kita di dunia, semuanya akan dituai dan diganjar di akhirat. Amin! Kerajaan pimpinan DAP tiada fikir akhirat.

2 comments:

Anonymous said...

Bagus hidup dibawah kepimpinan Islam Melayu, dahulu dibawah DAP Kapir mereka lansung TIDAK MELIHAT keperluan ini sebab IANYA TIDAK MENGUNTUNGKAN MEREKA! JANGAN HARAP!

Hari2 mereka HANYA BERCAKAP BERKENAAN SEKOLAH CINA, SEKOLAH CINA, BANTUAN SEKOLAH CINA, BANTUAN SEKOLAH CINA.....(ulang 1000x).

Jom sama2 MENYOKONG PN!!!

Anonymous said...

Kita rakyat Malaysia tetap menyokong kerajaan PN dan menolak puak ultra-rasis Pakatan Hancing yg telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails