Sunday, June 07, 2020

Perkauman, AS digesa lakukan transformasi..

Kematian George Floyd mencetuskan demonstrasi dan rusuhan di seluruh AS. Foto AFP
Kematian George Floyd mencetuskan demonstrasi dan rusuhan di seluruh AS. Foto AFP


GENEVA: Kumpulan pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa transformasi bersistematik dilakukan di Amerika Syarikat (AS) susulan pembunuhan George Floyd dan kumpulan minoriti Afrika-Amerika lain.
Pakar yang bercakap tanpa mewakili PBB itu turut mengecam tindakan pembunuhan oleh polis dan pihak lain, yang sebahagian besarnya dilakukan tanpa perbicaraan yang adil.

Pembunuhan itu disifatkan tidak menghormati atau korupsi kepada nyawa manusia dan menggunakan ruang awam untuk mengawal perkauman dilihat tidak sepatutnya berlaku.
Ketika ini demonstrasi berlaku di bandar-bandar AS bagi menunjuk perasaan terhadap pembunuhan George Floyd, warga kulit hitam yang maut selepas polis berkulit putih menekan lehernya selama sembilan minit.
Kemudian beberapa lagi kematian membabitkan polis dilaporkan iaitu pekerja kesihatan Breonna Taylor di rumahnya dan Ahmaud Arbery yang ditembak mati ketika sedang berjoging.
Kumpulan pakar bersama yang lain mengeluarkan kenyataan bersama yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tiga warga itu dan meminta reformasi yang lebih bersistematik dan adil.
"Video terbaru muncul menunjukkan warga kulit putih mengejar, menyekat serta menghukum anak muda yang keluar berjoging dan meletakkan badannya di leher mangsa. Ia jelas memperlihatkan motif kumpulan ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails