Friday, June 05, 2020

PH bermain politik ketika negara berdepan COVID-19. Tak cerdik?



KUALA TERENGGANU: PAS mengambil maklum dan perhatian akan peringatan serta teguran daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mengenai politik tanah air.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, Duli Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah memberi peringatan agar tidak mengheret negara ke kancah kemelut politik sekali lagi.

Malah, katanya yang mutakhir ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut memberikan peringatan keras agar tidak mengkucar-kacirkan pentadbiran Negeri Johor.
Menurut Amzad, Perdana Menteri sendiri pernah memberi peringatan sama kepada Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri agar terus bekerja untuk rakyat.
“Saya masih ingat, Duli Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah) masih baru lagi ingatkan (kita semua) jangan heret negara sekali lagi ke dalam kemelut politik (negara).
“Baru dua, tiga hari ini Sultan Johor (Sultan Ibrahim) juga ingatkan jangan kucar-kacirkan pentadbiran (Johor) dengan masalah politik.
“Dari hari pertama pentadbiran Perikatan Nasional (PN), YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan semua Menteri dan Timbalan Menteri, mengarahkan hentikan bercakap politik. Rakyat tengah susah. Sila turun ke bawah bantu rakyat dan singsing lengan baju!,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakah, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi amat terkesan dengan nasihat dan peringatan dari pemimpin negara itu untuk terus bekerja demi rakyat.
“Jika ikutkan hati, memang dari awal PAS lebih suka serah kembali mandat (negara) ini kepada rakyat.
“Ini kerana gangguan politik tak bagus untuk kelancaran pentadbiran dalam usaha memulihkan ekonomi negara, membantu rakyat, memerangi (wabak) COVID-19.
“Melaksanakan dasar-dasar yang perlukan ketegasan misalnya isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pemandu mabuk, kawalan penjualan arak, rasuah, sindiket kad pengenalan dan sebagainya,” kata Amzad.
Namun, kata beliau, jika keadaan negara ini telah kembali terkawal dan bebas dari pandemik itu wajarlah diserahkan mandat kepada rakyat semula.
“Jika ada jaminan ianya sudah selamat untuk negara berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara, COVID-19 sudah terkawal dan tidak akan kembali meningkat.
“Jika ada kepastian itu, kita sangat gembira serah kembali kepada rakyat untuk tentukan dan pilih kerajaan yang stabil dan boleh fokus berkhidmat kepada rakyat,” tegasnya.
Menurutnya, rakyat di semua peringkat bawahan telah merasa meluat menyaksikan aksi dan gelagat ahli-ahli politik yang memualkan. – HARAKAHDAILY 5/6/2020
Komen Weblog Ibnu HasyimPH bermain politik ketika negara berdepan COVID-19. Tak cerdikkah pemimpin-pemimpin begitu atau ada muslihat lain?

21 comments:

Budak kampung Selatan said...

PERINGATAN KEPADA PENUNGGANG AGAMA









“Kelantan masih benarkan jual arak termasuk pengeluaran lesen dan permit penjualan arak. Kita tidak haramkan penjualan arak, yang kita haramkan ialah judi kerana judi ini kita lihat ia tidak memberi keuntungan kepada sesiapa" - ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜†๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป (๐Ÿฎ๐Ÿด/๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต), ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.



JIKA.. alasan judi diharamkan KERANA judi tidak memberi keuntungan kepada sesiapa, adakah dengan ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (cukai arak & penjualan lesen & premis arak).



#PasHipokrit


#TunggangAgama

Anonymous said...

Siapa bodohh!!!!! Siapa tak cerdik?
Siapa rampas kuasa masa covid 19 nih?
Siapa ikut pintu belakang?
Siapa tebuk atap?

Anonymous said...

Masa panjat atap dulu tak dengar cerita pasal covid, ni mesti kes geng lobai tak puas makan hasil ghanimah

Anonymous said...

Heranla aku,kata budak kampung,selatan kemboja kot,tapi ya Allah,cakap mcm x dak otak.biaqla kelantan juai arak pun,depa minum kat umah depa,biaq p la,bukannya islam pun.lani yg duk kacau pasai juai merata tempat,sapa pun boleh beli,lepastu minum boleh tempat terbuka,bawak keta mabuk,pastu org melayu yg islam nilah jadi mangsa.x pasai2 mati.hang x kesian ka kat anak bini depa x dak tempat bergantung.

Anonymous said...

Betoi3...otak tarak

Anonymous said...

Ok ja jadi penunggang agama pun,apa salahnya,janji tinggikan syiar islam.

Anonymous said...

Seronok juga baca komen kumpulan meghoyan. Melalut dah tak tentu hala. Kecewa sangat bila dap dikalahkan. Tongkat dap iaitu pkr dan pan pun dah makin reput. Atok pun dah tak berparti. Mungkinkah pada round ini, atok jaguh tak pernah tewas, tewas dengan pukulan ko. Rakyat menolak politik bermotifkan khazanah, pioneernya atok yg kaya bersama anak2. Satu sinario baru pada era atok sebagai pm ke 4. Politik wang dan jual beli politik satu aktiviti baru di zaman atok dan menjadi trend sehingga kini dan semakin meruncing. Lompat parti hari ini ada kaitan dengan kumpul khazanah harta peribadi.

Anonymous said...

SIBUK seantero Tanah Melayu ini bahawa Tun and geng dah cukup jumlah 129 MP yang berpihak kepada Tun. Lalu sekali lagi cybertrooper PH mewiridkan “PH di bawah pimpinan Tun akan mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Tuan akan bertemu YDPA dalam sedikit masa lagi.

Saya hairan… apa yang kamu semua masih percayakan Tun itu? Lebih menghairankan bila Anwar sendiri kononnya akan sekali lagi menyokong Tun menumbangkan PN. Adoi… Tak tahu lah nak kata apa. Dah banyak kali Tun terajang kamu pun kamu masih mendaulatkan Tun. Rakyat kat tepi jalan ini dah nampak jelas kenderaan yang dipandu Tun terbabas ke kiri dan ke kanan.

Tapi kamu kat dalam kenderaan masih bersorak bangga punya driver seperti Tun. Masih segar dalam ingatan… Tun tiba-tiba brek mengejut dan kamu semua tercampak keluar melalui tingkap, berselerak atas jalan raya. Tiba-tiba kamu semua berebut-rebut pula masuk dalam kenderaan yang sama dan masih bersemangat menyuruh driver yang sama memandu untuk kamu. Memang PH ini pakatan haru-biru.

Ke mana lagi kamu harap Tun bawa kamu? Tun dah ibarat GPS yang rosak. Bacaannya dah tak betul. Kalau arahan kata belok kiri, belum tentu kiri.

Anonymous said...

Mungkin boleh dah guna polis kat atok, seperti mana atok guna polis zaman atok berkuasa. Masih nak kucar kacirkan keadaan tenteram sekarang.

Anonymous said...

Hidup mesti beragama. Tidak sempurna hidup jika tidak beragama. Masa atok jadi pm ke4, atok terbit dan popularkan istilah penunggang agama untuk membunuh islamik politisyen dari kalangan pas. Istilah yg masih lagi popular di kalangan pentaksub atok. Setelah atok kecundang, adakah istilah ini akan terus digunakan????

Unknown said...

Yang kuat kritik PH lah bengap

Anonymous said...

Ramainya bengap. Muhyiddin bengap, najib bengap, hadi bengap. Maza pun bengap. Cnn pun bengap.

Adui. Elok sangatlah cabut dari ph. Buruk dianggap baik, berkuda2 pun jadi halal.

Budak kampung Selatan said...

Ko heran sbb kepala hotak ko pikir berbelit2.bila orang lain haram..bila kat ko halal sbb tu korang digelar penunggang agama sbb mempergunakan agama utk kepentingan sendiri!!

Anonymous said...

RBA ternakan DA-Pigs adalah kepala bapak hipokrit kerana pemimpin-pemimpin DA-Pigs dan khadam liberal mereka menyokong dan membela industri dosa besar seperti arak. Bahkan mereka berjuang untuk festival arak terbuka.

Apabila membaca komen RBA ini, maka kita tahu RBA ini adalah barua lidah biawak yang suka kencing rakyat dengan pelbagai cerita dongeng.

Puak kafir mendakwa minum arak adalah hak mereka maka kerajaan Kelantan membenarkan perniagaan arak secara terkawal dengan peraturan ketat untuk orang kafir sahaja dengan syarat aktiviti minum arak tidak mengganggu umat Islam.

Maka setakat ini kita masih tidak mendengar kes pemandu mabuk melanggar umat Islam di Kelantan.

Anonymous said...

Jika tidak menfitnah, maka bukan RBA namanya.

Anonymous said...

Budak RBA poyo meroyan histeria tahap gaban sejak DA-Pigs dan khadam liberal mereka tumbang baham tanah kerana Atuk letak jawatan. Padan muka ! Terima kasih Atuk !

Tepuk .....

Anonymous said...

Parti Islam PAS berjuang menegakkan Islam.

Puak pandap yang menunggang agama untuk menegakkan ketuanan parti kafir Harbi DA-Pigs yang telah menghina Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Ya setuju RBA 8:09 yg sokong Pakatan Hancing adalah super bengap.

Anonymous said...

Komen bodoh 8:23 di atas ditulis oleh RBA bengap yang suka makan dedak cap roket yang menyebabkan IQnya turun kepada Zeti !

Anonymous said...

Pembetulan komen 8:55:

Komen bodoh 8:23 di atas ditulis oleh RBA bengap yang suka makan dedak cap roket yang menyebabkan IQnya turun kepada ZERO !

Anonymous said...

"Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu."

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

Masih Mencuba dan masih mengharap MP-MP bagi peluang Nasib pada MADEY dengan "KATA-KATA" seolah dia sahaja yang masih bernilai sangat..
MP-MP yang yang menteri kena pecat lepas 22 bulan lalu kalau masih tak belajar dari pengalaman kena TIPU , kena KENCING, kena BOHONG, kena PERMAIN dan paling UTAMA KENA BANGANG DENGAN MADEY..tak serik lagi ke..ke nak "KENA" semula ayat "KENA" tu kali KEDUA oleh si MADEY ..SI PEMBUAT KEMUSNAHAN KARIER ORANG LAIN..

MP-MP orang terpelajar..BIAR TERPELAJAR DAN MEMPELAJARI BUKAN NYA TERPELAJAR TAPI MASIH DI PERBONGOK KAN oleh manusia yang semakin kurang kewarasan atas sesuatu KEGILAAN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails