Monday, June 15, 2020

PH, Sila Tuntut PRU 15 Awal. Jika Berani?


Pilihan Raya Umum awal digeruni PH. 

APABILA ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya dikatakan akan letak jawatan awal bulan ini angkara krisis dalam BERSATU, ramai yang gelisah manakala ramai juga yang melonjak kegembiraan kononnya ia permulaan kejatuhan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) khasnya begitu ghairah, kami tidak sabar pulang ke Putrajaya, kami tidak sanggup menjadi pembangkang lebih lama, seolah membayangkan langkah Sharuddin Md Salleh benar-benar akan merobohkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertahan dengan majoriti 2 kerusi itu.

Pelbagai kekalutan dan tanda tanya timbul ketika itu. Ada pula yang menyebarkan berita kononnya 2 menteri dari BERSATU akan mengikut jejak Sharuddin dan PN akan kehilangan majoriti.

Indah khabar dari rupa, benar Sharuddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri, tetapi beliau sendiri tidak pasti haluan politiknya dalam pengumumannya itu. Kesal terhadap tindakan yang dikenakan oleh BERSATU pada Tun Dr Mahathir namun beliau menyatakan akan kekal sebagai penyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin. Sementara itu ura-ura dua orang Menteri BERSATU akan letak jawatan juga tidak berlaku.

Bermakna tiadalah sebarang kesan terhadap Kerajaan PN, bermakna kekallah mereka yang ghairah dan celupar itu duduk di bangku pembangkang mungkin sehingga ke penghujung penggal.

Dan tidak cukup dimalukan dengan sikap Sharuddin, selang beberapa hari Ahli Parlimen PKR Lubok Antu pula, Tambat Jugah Muyang mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Kerajaan PN. Tambat dalam PRU14 lalu menang kerusinya atas tiket Bebas dan kemudiannya menyertai PKR.

Ini bermakna PN bukannya berkurang majoriti sebagaimana digembar-gembur tetapi rupanya semakin kukuh dan mengikut maklumat ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari PH dipercayai akan meninggalkan PH dan menyokong PN, iaitu sekurang-kurangnya 2 lagi dari PKR dan tidak mustahil beberapa dari PAN sendiri.

Peluang sama ada Tun Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri (PM) kelihatan semakin tipis. Antara Tun dan Anwar pun kelihatan tegang, masing-masing dengan blok masing-masing saling curiga-mencurigai sesama sendiri. Dan pastinya yang paling kesal adalah DAP, kerana rupanya pemimpin-pemimpin Melayu yang mereka harap dan peralatkan semakin lemah dan ternyata tidak mempunyai kemampuan merobah arus politik negara untuk memungkinkan mereka kembali berkuasa.

Arus politik negara kini kuat ditentukan oleh rakyat yang mahukan kestabilan, ketenteraman dan peluang untuk memulihkan kembali negara pasca COVID-19. Rata-rata dalam tempoh 3 bulan ini rakyat begitu yakin dan meletakkan kepercayaan tinggi pada Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. Kerajaan ini dilihat begitu terbuka, mendengar keluhan dan rintihan rakyat serta mampu menyatupadukan rakyat khususnya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara.

Yang dominan di dalam PH kini adalah DAP, PKR, WARISAN dan PAN. Mereka disertai oleh kumpulan lima Ahli Parlimen dari BERSATU yang dipecat diketuai Tun. Antara mereka saling berbalah, Anwar mahu tegaskan yang beliau telah mengambil-alih kepimpinan PH lantas calon PM kiranya ada upaya PH kembali berkuasa adalah beliau, manakala Tun pula berlagak seakan beliaulah ketua dan calon PM dengan diapit kuat DAP dan PAN.

Dalam suasana semasa, PH tidak berupaya merangkul kembali kuasa yang terlepas dari tangannya setelah berkuasa 22 bulan sejak PRU lalu melainkan jika berlaku tindakan berpaling tadah oleh Ahli-ahli Parlimen PN.

Setakat ini ia tidak berlaku sebaliknya yang melompat adalah dari kalangan PH sendiri. Mengapa tidak mendesak diadakan Pilihan Raya Umum dengan menyerahkan mandat kepada rakyat?

PM selaku ketua parti kerajaan mempunyai opsyen dengan perkenan Tuanku untuk memohon Parlimen dibubarkan, tetapi dengan kestabilan 2 atau lebih majoriti dalam Parlimen, tidak ada sebab Muhyiddin perlu bertindak demikian.

Anehnya PH sendiri tidak pernah menuntut Parlimen dibubarkan sejak PN naik berkuasa. Jika benar kerajaan tidak stabil dan sukar diurus dengan majoriti yang tipis tidakkah membubarkan Parlimen pilihan terbaik?

Muafakat Nasional (MN), iaitu Umno dan PAS yang kuat mendukung Kerajaan PN hari ini berusaha mengukuhkan Kerajaan PN di pelbagai peringkat. Namun demikian kiranya ditakdirkan tiada pilihan lain selain menghadapi PRU bagi mendapatkan baru, Muafakat Nasional sudah bersedia menghadapi PH. Soalnya bagaimana dengan PH?

Jelasnya PH tidak bersedia, penyatuan parti-parti politik Melayu di bawah payung MN memberi isyarat bahawa kuasa politik Melayu kini bersatu dan utuh tidak sebagaimana PRU ke-14 lalu sehingga mampu memenangkan PH.

Adalah dijangkakan kiranya PN berhadapan satu lawan satu dengan PH, hampir keseluruhan kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu lebih 50 peratus iaitu kira-kira 102 di Semenanjung sahaja akan dimenangi PN. Manakala jika diambil kira kerusi-kerusi majoriti Melayu atau Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak pula bermakna MN dengan bantuan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak mampu memenangi lebih dari 120 kerusi iaitu cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ini tidak termasuk beberapa kerusi campuran yang pengundi Melayu Islam dominan contohnya Bangi 49 peratus dan Bentong 47 peratus yang kini diwakili DAP. Dan ini juga tidak termasuk kerusi-kerusi campuran yang mungkin dimenangi MCA, MIC dan parti-parti Bumiputera bukan-Islam di Sabah dan Sarawak.

Kerana itu PH tidak berani menuntut Parlimen dibubarkan. Jika bubar di waktu ini, adalah dijangka PKR dan PAN akan menjadi mangsa utama lenyap dihanyutkan oleh penolakan kuat dari pengundi Melayu Islam khususnya manakala DAP sendiri akan kehilangan beberapa kerusi dari 42 yang ada dalam tangan. Dalam keadaan begitu MN tidak perlu cemas.

Hari ini tugas utama BN, PAS, BERSATU, GBS di Sabah dan GPS di Sarawak adalah untuk memperkukuhkan MN yang sangat disenangi dan mendapat penarafan tinggi di kalangan rakyat. Tunjukkan kematangan dan belayarlah bersama aspirasi rakyat.

PH lah sesungguhnya yang berada dalam situasi tenat. Jika ada lagi saki-baki dari blok mereka dari kalangan Ahli-ahli Parlimen yang melompat menyokong PN, mereka semakin goyang dan rapuh atau jika atas apa sebab sekalipun Parlimen perlu dibubarkan, mereka juga bakal menjadi mangsa.

Ringkasnya tiada masa depan buat PH dalam politik Malaysia hari ini. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Sedarlah untung nasib sendiri, kurangkan bermimpi dan berangan-angan dan terimalah realiti politik hari ini.


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/6/2020

Hibur Hibur Sikit

Oslan Husein - oh mama



oslan husein - kampuang nan jauh di mato


3 comments:

Anonymous said...

Bila MP Sri gading nak masuk mana2 parti dalam gabungan DAP/PHancing?

Ramai yang sedang tertunggu2 ATAU apakah beliau sedang mengambil langkah TUNGGU & LIHAT, tengok2 dulu yang mana lebih MENGUNTUNGKAN @yang dapat beri PANGKAT, KEDUDUKAN & KUASA?

Lagi cepat lagi baik!!!

Anonymous said...

Yg penting kosentret pada pembangunan negara. Dah lama sangat konsentrasi pada perebutan kuasa. Letih otak melayan kerenah phancing.

Anonymous said...

ramai juga yang melonjak kegembiraan kononnya ia permulaan kejatuhan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN)

'Ramai' juga yang suka dikencing hancing berulang kali oleh puak munafik liberal pimpinan puak kafir Harbi kerana bukan semua manusia bijaksana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails