Sunday, June 21, 2020

PH tidak minat ambil alih k'jaan, pula..- Dr M.

PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan - Dr Mahathir
Dr Mahathir ketika hadir pada program sembang santai bersama ahli Bersatu Langkawi, malam tadi. - Astro AWANI

LANGKAWI: Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia susulan keputusan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak sependapat dengan ahli PH lain, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mahukan beliau.


“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia.

"Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya.


Bekas perdana menteri itu ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi, malam tadi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas keputusan PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar, jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.

DAP dan Amanah pula memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar dilihat gagal memperoleh sokongan. (AA)

6 comments:

  1. Jangan percaya pada buaya tua yang menanggis sambil mengeluarkan air mata buaya kerana ia bersiap sedia untuk menerkam mangsa yang terpedaya dengan wayang opera lakonan buaya tersebut.

    ReplyDelete
  2. Non belum lagi diangkat menjadi PM dikatakan nak bawa semula kes kerugian FOREX RM30 billion yang hangus menjadi DEBU kemahkamah!

    Mau tak gila babi Atok mendengarnya!


    ReplyDelete
  3. Kepada Atok, Non ni hanyalah LAYAK untuk menjadi timbalan @vice PM sahaja buat selama2nya!

    Tiada dalam kamus pemikiran Atok! Kalu tak sudah tentu Non jadi PM sekarang.



    ReplyDelete
  4. “Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia".

    DAH GILA KE APA PENYOKONG2 NON NI?

    SAMPAI KIAMAT PUN ATOK TAK AKAN BERI RUANG KEPADA NON UNTUK DAPAT KERUSI PM!

    Kah...kah...kah...


    ReplyDelete
  5. PAN sokong Mahathir jadi PM: Parti ni hanya ikut apa yg DAP suruh. kalau DAP suruh makan babi dia pun sangup makan. Mat Sabun Syiah dan Khalid Samad memang tak boleh pakaipun

    ReplyDelete
  6. Mat Sabun sokong Atok sebab nak harap...harap... dapat jadi Menteri Pertahanan lagi semula . Kalau dengan Non... memang tak merasa laaa... ha..ha...ha...

    ReplyDelete