Tuesday, June 30, 2020

PP Goyah, 22 dari 40 sokong Chow Kon Yeow sebagai KM.



PETALING JAYA: Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didahului Adun Air Putih, Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk menerajui pentadbiran negeri.


Menerusi kenyataan bersama Adun PH Pulai Pinang, mereka juga menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu sejak 2008.

“Kami sedar bahawa khabar angin kononnya beberapa orang Adun PH Pulau Pinang akan keluar parti untuk menyokong penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional) di Pulau Pinang.
“Kami para ‘backbenchers’ PH ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha pintu belakang untuk menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang dan menyatakan bahawa kami sesekali tidak akan khianati mandat rakyat yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui mandat PRU14 adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi, dan khianat tersebut tidak akan dimaafkan oleh rakyat.
“Kami juga ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kami di sebelah sana, yang ingat ‘lompat parti’ adalah perkara biasa, tentang Artikel 14A perlembagaan negeri Pulau Pinang yang akan diguna pakai untuk melucutkan keahlian Dewan yang khianat mandat rakyat, dengan melompat parti,” kata mereka.

Kumpulan wakil rakyat itu juga turut menasihati bekas sekutu mereka yang berada di blok pembangkang supaya tidak “membuat fitnah”.

“Kami menasihatkan rakan kami yang sudah menjadi pembangkang sekarang untuk menunjukkan sifat tanggungjawab dan tidak menyebarkan fitnah yang tidak benar sama sekali ini “ katanya.

Selain Guan Eng, 21 Adun lain yang turut mengisytiharkan sokongan kepada Chow ialah:
  • Saifuddin Nasution Ismail-Pantai Jerejak
  • Teh Lai Heng- Komtar
  • Amar Pritpal Abdullah- Sungai Bakap
  • Lee Khai Loon- Machang Bubok
  • Muhammad Faiz Fadzil- Permatang Pasir
  • Lim Siew Khim-Sungai Pinang
  • Satees Muniandy- Bagan Dalam
  • Ong Ah Teong – Batu Lancang
  • Lee Chun Kit- Pulau Tikus
  • Daniel Gooi Zi Sen-Pengkalan Kota
  • Hng Mooi Lye-Jawi
  • Syerleena Abdul Rashid- Seri Delima
  • Heng Lee Lee-Berapit
  • Joseph Ng Soon Siang-Air Itam
  • Mustafa Kamal Ahmad-Telok Ayer Tawar
  • Gooi Hsiao-Bukit Tengah
  • Goh Choon Aik-Bukit Tambun
  • Ong Khan Lee-Kebun Bunga
  • Kumaresan Aramugam – Batu Uban
  • Mohd Tuah Ismail-Pulau Betong, dan
  • Azrul Mahathir Aziz -Bayan Lepas.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 anggota dengan PH menguasai 33 kerusi.
Daripada 33 kerusi PH, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (12) dan Amanah (2).
Tujuh anggota pembangkang diketuai oleh 3 Adun PPBM, diikuti Umno (2), PAS (1) dan Bebas (1).
Sebelum terbentuknya kerajaan PN pada Mac kepas, terdapat hanya hanya 3 anggota pembangkang, iaitu Umno (2) dan PAS (1).
Terbaru Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim dipecat daripada PKR. Afif menyuarakan hasrat untuk menyertai PPBM, sementara Zulkifli kekal sebagai ahli Bebas.
Dalam pada itu Adun PPBM Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim berkata mereka mesra PN. (https://mindarakyat.blogspot.com/)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

5 comments:

  1. Sudah sampai masanya pengundi2 Melayu Pulau Pinang mengangkat orang Melayu sebagai Ketua Menteri!

    Nampak tak terbela orang2 Melayu Pulau Pinang ni! Rumah2, gerai2 mereka selalu dirobohkan oleh DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerai n rumah haram, mmg la kena roboh. Aku org penang tau la citer. Kalo aku buat banglo kat tanah ko, Xkan ko nak biar je??abis tanah org asli kat klate kena gondol tu ko xnak sembang

      Delete
  2. Di Amerika Syarikat rakyat mereka telah bangun dan merobohkan patung2 @statues yang melambangkan PENJAJAHAN. Bergitu juga di UK rakyat mereka telah menumbangkan statue 2 tokoh2 yang melambangkan PEMERDAGANGKAN hamba abdi kaum kulit hitam.

    Sudah tiba masanya kerajaan merobohkan statue Fancis Light di Pulau Pianang yang melambangkan LEGASI PENJAJAHAN yang kini diwarisi oleh proxy2 mereka.

    Bergitu juga di Sarawak, semua lambang2 yang mengambarkan PENJAJAHAN James Brook yang kejam perlu segera dihapuskan! Lambang2 PENJAJAHAN, PENGINAYAAN dan PERHAMBAAN MANUSIA sudah tidak lagi relevan!

    ReplyDelete
  3. Kembalikan pulau pinang kepada pemerintahan bumiputera. Tolak patung patung yg jelas tidak melambangkan islam. Kembalikan semula struktur penduduk seperti asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..patung buddha gergasi di klate tu kasi tolak dlu.kata negeri pemerintahan ulamak

      Delete