SETELAH hampir 234 tahun Pulau Pinang diserahkan kepada warga asing memerintah dan merencana bumi Pulau Mutiara ini, ternyata mereka gagal! Bermula dengan legasi Francis Light kemudian diserahkan pemerintahan kepada kaum Cina hingga ke hari ini.
Walaupun sudah merdeka, Pulau Pinang kekal dengan budaya asing yang mendominasi budaya kehidupan masyarakat Pulau Pinang.
Budaya Pulau Pinang perlu kembali kepada budaya masyarakat Melayu dengan ciri-ciri Islam yang menjadi tonggak. Budaya India Muslim, budaya masyarakat Cina dan India adalah sebahagian dari warna budaya Pulau Pinang. Ini yang menjadikan negeri ini unik dan istimewa.
Pemimpin Pulau Pinang perlu bina kembali masyarakat yang penyayang. Hari ini pemimpin Pulau Pinang asyik sibuk projek-projek ratusan juta-juta atau bilion-bilion. Projek Penang Transport Master Plan ( PTMP) menampakkan rakus mereka dengan merobek khazanah alam sekitar dan lautan Pulau Pinang.
Di mana usaha konkrit kerajaan untuk bina masyarakat yang berkasih sayang dan perpaduan yang dirasai. Hari ini, syak dan curiga sangat tinggi di kalangan masyarakat. Penindasan terhadap masyarakat Melayu makin menjadi-jadi.
Mandarain preferred sudah menjadi normal baru di Pulau Pinang sejak 10 tahun yang lalu. Kilang-kilang memang banyak di Pulau Pinang tetapi malangnya, peluang pekerjaan untuk executive dan senior post dikuasai oleh kaum Cina juga. Mesyuarat dibuat dalam Mandarin… bayangkan!

Industri pelancongan memang sinonim dengan Pulau Pinang tetapi kerajaan negeri membuka ruang kepada banyaknya PUB, rumah urut dan kegiatan maksiat dengan alasan untuk pelancong. Ini adalah langkah bankrupt idea! Menggadai nilai budi ketimuran untuk laba keuntungan. Akhirnya rakyat yang rosak.
Kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang juga sudah terlalu banyak dijalankan di Pulau Pinang. Seolah Pulau Pinang sudah menjadi pusat kegiatan organized crime di Malaysia.
Dadah dan human trafficking sangat serious di bumi Pulau Pinang. Amat malang apabila kegiatan ini didalangi oleh tokoh tempatan yang rapat dengan parti DAP. IC palsu dikaitkan dengan Dato’ Lai Chin Wah. Rampasan dadah bernilai 2.4 bilion atau 12 tan dikaitkan dengan Ooi Chieng Sim.

Masalah alam sekitar yang makin parah. Pencemaran air laut hingga ribuan ikan mati. Hakisan bukit dan tanah runtuh yang dibuat untuk tujuan pembangunan hingga menyebabkan kematian. Kejadian di Jalan Tanjung Batu Ferringhi, Tanjung Bungah adalah bukti apabila kerja yang dibuat di kawasan berisiko.
Antara insiden besar ialah pada 19 Oktober 2018, apabila hujan lebih 10 jam mengakibatkan tanah runtuh di tapak Projek Bukit Kukus pembinaan jalan raya berkembar menghubungkan Paya Terubong ke Relau.
Terdahulu, pada 21 Oktober 2017, berlaku kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. Ini semua bukti kegagalan kerajaan negeri merancang dengan baik dan melaksana projek yang tidak mesra alam sekitar.

Sampai bila negeri ini hendak dibiarkan rosak dari sudut kemanusiaan dan khazanah alamnya? Kita perlu arkitek baru yang merancang hala tuju negeri dengan menekankan aspek kemakmuran dan perpaduan masyarakat. Bina masyarakat Pulau Pinang dengan teras Melayu Islam yang terbukti menjaga kepentingan semua kaum.
Bina pembangunan Pulau Pinang dengan memberi peluang kepada semua pihak untuk mendapat peluang pekerjaan dan penempatan keluarga. Bendung harga hartanah agar Pulau Pinang ini untuk warganya bukan untuk tujuan komersial hartanah untuk orang asing. Jaga alam sekitar dan khazanah hutan dan laut agar dapat kita warisi Pulau Pinang ini dengan cantik dan terpelihara untuk generasi akan datang.

Hussain marican & orkes brahmachari _ mula aku berkenalan
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8.....
1 comment:
Bertindaklah sebelum parah.
Post a Comment