Penunggang motor retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk
SEORANG lelaki yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas pergi ke kedai runcit retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk malam tadi.
Mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dilanggar suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, Kangar, Perlis.
“Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.
“Bagaimanapun setibanya di hadapan pasar raya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan turut merempuh sebuah lori di parkir di bahu jalan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada Berita Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita lihat bagaimana indah dan adilnya solusi cara Islam terhadap kemalangan maut yang disebabkan mabuk.
PENGHARAMAN arak
(1) Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa Islam menyediakan undang-undang yang sangat berpatutan. Cumanya disebabkan ketebalan Sekularism, masyarakat tidak sedar Islam ada penyelesaiannya.
Antara yang menjadi perbincangan hangat pada hari ini ialah kemalangan disebabkan mabuk. Menggambarkan undang-undang yang sedia ada seperti ‘tumpul’.
(2) Iaitu tidak mampu menyelesaikan masalah. Manakala jiwa-jiwa yang mati semakin bertambah. Mereka yang mati dilanggar oleh pemabuk, ada isteri dan anak di rumah.
Persoalannya, siapakah yang sepatutnya membela keluarga si mati? Adakah undang-undang sedia ada mampu membela keluarga si mati? Itu soalannya.
(3) Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa Islam mengharamkan arak atau apa-apa unsur yang memabukkan. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال: يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها، وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها، ومبتاعها وساقيها
“Sesungguhnya Nabi S.A.W didatangi oleh Jibril lalu berkata: Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya”

(4) Kerajaan yang meluluskan lesen kilang arak perlu berwaspada, bimbang tergolong dalam golongan yang terlaknat ini. Justeru, pengharaman arak adalah poin pertama untuk menyelesaikan kes pemandu mabuk.
Jenis-jenis pembunuhan
(1) Perlu tahu bahawa dalam Islam, ‘bunuh’ terbahagi kepada 3 jenis, bunuh sengaja قتل عمد, bunuh tidak sengaja قتل بغير عمد, bunuh seolah-olah sengaja قتل شبه عمد
Hari ini kita berhadapan dengan krisis kemalangan disebabkan mabuk. Kemalangan yang ‘membunuh’ seperti ini termasuk dalam قتل شبه عمد (bunuh seolah-olah sengaja).
(2) Bunuh dengan sengaja terbahagi kepada dua jenis, sekiranya dimaafkan oleh waris mangsa maka pembunuh tadi perlu membayar pampasan (diyat) kepada keluarga si mati.
Bunuh seolah-olah sengaja dan juga bunuh tidak sengaja, perlu bayar pampasan sebagai hukuman. Nilai pampasan kedua-duanya berbeza.
(3) Andaikan orang kafir di Malaysia ini dianggap sebagai Zimmi, maka mereka perlu dijatuhkan hukuman pampasan sekiranya tidak sengaja atau seolah-olah sengaja bunuh orang Islam.
Antara yang disebut dalam kitab العلاقات الدولية في الشريعة الاسلامية karangan Dr Abbas Syuman, dari al Azhar;

إذا قتل المسلم الذمى أو الذمى المسلم خطأ أو شبه عمد عوقب المعتدى بالدية المقررة في القتل شبه العمد أو الخطأ لأنه قتل نفسا معصومة بالإسلام أو الأمان فوجب عليه الضمان
“Apabila seseorang Muslim itu membunuh seorang Zimmi atau seorang Zimmi membunuh seorang Muslim tanpa sengaja atau seolah-olah sengaja, akan dijatuhkan hukuman dengan diyat yang ditetapkan dalam pembunuhan seolah-olah sengaja atau tidak sengaja, kerana ia membunuh satu jiwa yang dipelihara atas nama Islam, ataupun diberi keamanan. Maka wajib ke atasnya jaminan.”

Pampasan kepada keluarga si mati
(1) Dalam perbahasan fekah mengenai pendakwaan bagi kes bunuh seolah-olah sengaja ini terdapat perselisihan. Maka hal perselisihan itu serah kepada jawatankuasa fatwa yang dilantik oleh kerajaan untuk memilihnya.
Cumanya hukuman diyat yang dikenakan bersifat الدية المغلظة boleh dibayar secara ansuran selama 3 tahun kepada keluarga si mati, berbeza dengan bunuh secara sengaja. [1]
(2) Perbahasan mengenai perselisihan dalam kes ini agak panjang dan ada perinciannya. Kes ini boleh dikenakan denda kepada pelakunya senilai dengan 100 ekor unta.
Kalau hari ini harga seekor unta RM4000, maka kos yang perlu dibayar kepada ‘keluarga si mati’ sebanyak RM400,000. Bayaran dibuat kepada ‘keluarga si mati’.
(3) Saya tertarik dengan kenyataan Dekan Kolej Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Ahmad Martadha Mohamed. [2]
Beliau mencadangkan Malaysia meniru hukuman seperti Thailand. Menurutnya, setiap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa kerana mereka hilang punca pendapatan.
“Pada saya, penjara mestilah dari dua tahun ke empat tahun, denda pula minimum RM10,000. Selain itu, saya mencadangkan kita buat seperti di Thailand,” katanya.
“Pampasan perlu diberikan kepada keluarga mangsa untuk bantu mereka”.
(4) Hakikatnya kaedah ini ada dalam Undang-undang Islam sendiri, iaitu pampasan diberikan kepada keluarga si mati. Memang itulah yang digariskan dalam Islam.
Hal ini pernah dikemukakan dalam Dokumen Hijau yang diterbitkan oleh PAS dalam menerangkan konsep penyelesaian Islam dalam Undang-undang Jenayah. [3]
Undang-undang Sivil
(1) Pada 13 Februari, media melaporkan. [4]
“Pada 29 Jan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.
“Loke dilaporkan berkata ia melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.
“Pada masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
“Ditanya mengenai cadangan pihak tertentu supaya pemandu mabuk yang membabitkan kemalangan maut didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, Liew berkata, kesalahan jalan raya adalah tertakluk di bawah APJ 1987”.
(2) Saya bukanlah pakar Undang-undang Sivil. Cumanya sekiranya kekal di bawah APJ 1987 dengan penjara 2 hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 memadaikah?
(3) Dalam hukuman ini, apa elemen yang boleh membantu keluarga si mati? Apabila si ayah dilanggar pemandu mabuk, maka keluarga itu akan hilang mata pencarian mereka.
Kalau dalam Islam, duit pampasan itu diambil daripada pesalah dan diberikan kepada keluarga si mati. Manakala Undang-undang Sivil duit denda itu diberikan kepada kerajaan.
Penjara
(1) Dalam menjatuhkan hukuman penjara pula, mari kita fikirkan. Individu A memandu dengan mabuk, dan melanggar individu B sehingga mati. A mempunyai keluarga. B juga mempunyai keluarga.
Apabila B mati, maka Undang-undang Sivil menetapkan si A perlu bayar denda dan penjara. Apabila si B mati, menyebabkan keluarga hilang mata pencarian.
(2) Manakala apabila si A dipenjara, keluarganya juga hilang mata pencarian. Maka apa penyelesaiannya? Sebab itu dalam Islam hanya meletakkan Undang-undang Diyat dalam bab ini bukannya penjara.
(3) Biasanya di zaman pemerintahan Islam, penjara lebih dikenakan kepada pemerintah-pemerintah yang songlap duit atau merampas harta rakyat.
Contohnya hukuman ini dijatuhkan kepada pemerintah-pemerintah seperti ini pada zaman Saidina Umar Abd Aziz. Menggambarkan hukuman penjara itu sesuai dengan kesalahannya.
Iaitu pesalah dikekalkan dalam penjara sehingga keluarganya menebus mereka dan duit tebusan itu dibayar kepada mangsa-mangsa penipuan dan rampasan tadi.
(4) Berbeza dengan cara Sivil, yang mana duit denda kes kemalangan mabuk-maut tersebut akan diberikan kepada kerajaan, bukan diberikan keluarga si mati yang menanggung perit.
Sedangkan apabila A langgar B, menyebabkan kedua-dua keluarga mereka hilang mata pencarian. Hal ini yang perlu difikirkan semula untuk kembali kepada sistem Islam.
*Boleh rujuk tulisan Ustaz Zaharudin Muhammad, Pengarah Dokumen Hijau PAS. [3]
[1] Fiqh Islami Wa Adillatuhu, المبحث الثالث ـ القتل شبه العمد وعقوبته
[2] https://careta.my/article/isu-pemandu-mabuk-malaysia-perlu-tiru-thailand-beri-pampasan-kepada-keluarga-mangsa
[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=970279129669189&id=312456128784829
[4] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-mabuk-bakal-berdepan-dengan-hukuman-penjara-20-tahun-230662%3famp=1
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 16/2/2020

Ada pulak mangkok sekor samakan tahfiz dengan arak.
ReplyDeleteKita merasa sangat marah kerana puak kafir yang mabuk cenderung melanggar orang Islam sehingga menyebabkan kecederaan serius atau kematian di kalangan umat Islam.
ReplyDeleteJika orang kafir berkata arak hak mereka , maka kita mahu bertanya puak kafir adakah mereka berhak mabuk dan melanggar umat Islam sesuka hati ????
Otak puak kaki botol letak di mana ? Lutut ???
Berapa ramai rakyat perlu mati sebelum parti kafir Harbi dan khadam liberal mereka menukar dasar pro-arak mereka ???
Panji sudah ditangan..apa lagi? Apa kamu nak jawab di depan Allah swt nanti? Alasan x de kuasa penuh Allah tak terima dah. Dulu pandai cakap skrg padan muka
DeleteKuasa sudah berada tangan PH selama 22 bulan, mengapa PH tidak menghapuskan industri dosa besar seperti arak dan judi ?
DeleteAdakah kerana PH takut pada parti kafir Harbi DAP yang menyokong festival arak ?
Malangnya RBA berlagak 'suci' konon tetapi berdiam diri tidak mengkritik kegagalan PH tersebut. Bukankah RBA berdiam diri bererti RBA juga merestui industri dosa besar ?
Cukup-cukuplah RBA berlagak 'suci' dan berkata "yam-seng !" sambul minum arak.
Mmng kami suka ..kamu yg membantah macam2..skrg ade kuasa apa lagi tunggu? Dah jadi bodoh ke mulut tersumbat ghanimah? Kami tak mampu dan tumbang sbb kamu kata kami lemah..rupanya kamu lagi lemah selemah2 nya dgn mca 2 kerusi pn kecut..hah apa lagi alasan? Nampak sangat ke assobiah han puak² penjual agama menjaja fitnah kesana kesini!
Delete