Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada persidangan video bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di rumahnya dalam gambar fail 28 Mei lalu ketika sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak Report perlu mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital di Singapura serta doktor yang kononnya merawat Tan Sri Muhyiddin Yasin yang didakwa portal berita itu dalam laporannya bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin di rumah.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, kegagalan portal berkenaan mengemukakan bukti bermakna laporan disiarkan adalah berniat jahat untuk memburukkan imej Perdana Menteri.
Katanya, seperti dijelaskan sebelum ini, laporan kononnya Muhyiddin melanggar perintah kuarantin di rumah bagi menjalani rawatan kanser di luar negara satu pembohongan, tuduhan berniat jahat dan ia hanya rekaan penulis.
"Semasa tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan," jelas kenyataan itu.
Muhyiddin sebelum ini diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet dipengerusikan beliau disahkan positif COVID-19.
3 comments:
SR adalah anjing kurap ternakan Pakatan Hancingggg yang berfungsi mencipta,menyalak dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan yang sah.
Oleh sebab itu, kerajaan perlu menghubungi Interpol dll untuk menangkap dan mendakwa betina British yang sedang mengancam keselamatan negara kita dimahkamah M'sia.
Kita yakin kerajaan tahu siapa mastermind di belakang SR. Jangan biarkan pemgkhianat bebas memusnahkan negara kita.
Nampaknya kerajaan TIDAK BOLEH BERLENGAH LAGI untuk MENDAKWA orang puteh yang terus menerus MEMBUAT FITNAH disini!
Mereka MEMFITNAH TANPA ADA RASA TAKUT!
Kerajaan perlu bertindak sekarang!
Dinegara seperti UK & US, rakyat2 mereka telah mula memusnahkan statues yang melambangkan PENJAJAHAN, PENCEROBOHAN, PERMEDAGANGAN HAMBA ABDI, PENDATANAGAN, KONGSI GELAP dsb.
Di Pulau Pinang, ada yang saran supaya statue PENJAJAHAN FRANCIS LIGHT perlu segera dirobohkan! Ianya SIMBOL PENJAJAHAN!!!
Berdasarkan perkembangan semasa inilah masa yang sesuai untuk tujuan tersebut!
Post a Comment