Monday, June 01, 2020

‘Snap election’?.. Pastikan PH Hilang Deposit Di K'tan. -SU PAS Negeri.


‘Snap election’ tidak akan memihak PH – Che Lah
KUALA LUMPUR: Langkah mutakhir beberapa ahli politik negara telah menimbulkan spekulasi panas kononnya tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan akan sekali lagi berubah teraju.
Dakwaan lompat juga hingga ada pengakuan ‘mempunyai nombor’ terhadap majoriti kerusi, sedangkan jumlah sama akan menyebabkan Parlimen tergantung dan pilihan raya mesti diadakan.
Mengulas kemungkinan tersebut, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berpandangan, sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, keputusannya tidak akan memihak kepada PH.
“Saya juga meyakini, bahawa sekiranya berlaku pilihan raya buat masa ini, parti PAN tidak akan ada lagi wakil untuk bersuara di Parlimen Malaysia selepas ini,” ujar beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.
Che Abdullah selaku Setiausaha PAS Negeri Kelantan turut menyatakan sekiranya PRU15 berlaku dalam masa terdekat, PAS Kelantan akan pastikan PH hilang deposit di semua kerusi negeri itu. – HARAKAHDAILY 30/5/2020

6 comments:

Anonymous said...

Mahathir boleh BELI MP2 Malaysia

tapi...................

Muhyiddin TELAH BELI JIWA rakyat Malaysia (khususnya MELAYU) dengan BPN @ Bantuan Prihatin Nasional!!!

TAMBAH LAGI RM KPD MELAYU TOK DIN..........SURE RAKYAT MELAYU PILIH KEKALKAN KAMU JADI PM!!!!!!!! WAIEMA MALAYSIA TERGADAI PO KAI.

MUHIYIDIN LEBIH HEBAT DARI MAHATHIR DAN NAJIB RAZAK

cik minah said...


Dr. Mahathir sedang mengamuk. Apa saja yang dia lakukan untuk dapat balik kuasa yang dia sendiri lepaskan pada akhir Februari lalu tidak menjadi. Dan jangan lupa, bila Dr. Mahathir marah, beliau akan menjadi seorang yang cukup merbahaya, seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor. Seperti yang Joceline Tan tulis dalam The Star, "Mahathir On The Warpath" (BACA DI SINI). Tetapi Dr. Mahathir sekarang berada dalam keadaan...

Anonymous said...

Mahathir sekarang ibarat tongkat yang sedang dimakan anai anai.........hanya menunggu saat dan ketikanya menyungkur menyembah bumi atau terpaksa dicampak ke dalam laut kerana ditolak bumi

Anonymous said...

RBA bahlol sedang high menikmati asap ganja sambil menulis komen berunsur fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan PN.

Fakta menunjukkan SEMUA kaum telah mendapat BPN yang bernilai dari RM200 hingga RM3000 dari kerajaan PN untuk meringankan beban rakyat di waktu wabak covid-19.

Di waktu Pakatan Hancing berkuasa, Pakatan Hancing memberi wang 30 henggit kepada rakyat. 30 henggit boleh beli apa di zaman inflasi ini ???
Otak RBA letak di mana ? Dalam mangkuk tandas ?

Anonymous said...

Yang pasti sekarang ialah Atuk Kerala dan Atuk non telah menjadi lebai malang. Inilah akibat menjadi boneka DA-Pigs yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Atuk Non liberal sekarang ibarat tongkat yang sedang dimakan anai anai.........hanya menunggu saat dan ketikanya menyungkur menyembah bumi atau terpaksa dicampak ke dalam laut kerana ditolak bumi setelah menjadi khadam gian end.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails