Thursday, June 11, 2020

Syarikat X Layak, Rasuah 'orang dalam' Tahun Lalu, Di Bawah Tadbiran Siapa?

Tiga pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam aktiviti merasuah untuk memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. - Foto ihsan SPRM
Tiga pengarah syarikat yang disyaki terbabit dalam aktiviti merasuah untuk memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. - Foto ihsan SPRM
Tiga ditahan kes rasuah kontrak iklan kerajaan RM90 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah syarikat yang disyaki terbabit rasuah untuk memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan bernilai kira-kira RM90 juta.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 hingga 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, lewat petang semalam.

BH difahamkan, perbuatan rasuah itu dilakukan pada tahun lalu dan syarikat yang ditubuhkan itu dikesan tidak memiliki kelayakan langsung untuk memperoleh kontrak itu.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati, syarikat itu mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk mendapatkan tender kontrak promosi pengiklanan itu dan berjaya ditawarkan kerja berkenaan.

"Tetapi sebenarnya syarikat yang ditubuhkan itu dipercayai tidak memiliki kelayakan malah gagal dalam penilaian teknikal dan kewangan.

"Tetapi mereka dikesan merasuah 'orang dalam' dan semua syarat yang diperuntukkan untuk memperoleh kontrak itu berjaya diketepikan dan diberikan kepada syarikat berkenaan," katanya, hari ini.

Ditanya mengenai 'orang dalam' yang dimaksudkan, sumber enggan mengulas lanjut, namun mengakui SPRM sudah mengenal pasti pegawai agensi kerajaan yang berkaitan.

"Beberapa siri tangkapan mereka yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini akan dilakukan SPRM tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi BH, mengesahkan penahanan itu dan berkata, kesemua mereka sudah direman di Mahkamah Putrajaya, pagi ini di bawah Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah.

Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini, untuk siasatan lanjut oleh SPRM.

Kata beliau, siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSyarikat yang didakwa tak layak langsung tersebut, guna rasuah 'orang dalam' pada tahun lalu itu, sebenarnya di bawah pentadbiran kerajaan parti mana?

Hibur Hibur Sikit 
Iwan Fals - Bongkar 

Iwan fals tikus-tikus kantor.wmv

5 comments:

  1. Gerun juga kaldai dengan pas.

    ReplyDelete
  2. 129-1 = 107 ; 107 + 1 = 129

    ReplyDelete
  3. Yeahh..tutup kilang arak. Tu bisnes dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah DA-Pigd menyokong dan membela industri dosa besar seperti arak ? Wang masyuk poket DA-Pigs !

      Delete
  4. Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan PN kerana menyiasat dan menangkap puak rasuah ternakan KERA jaan Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs.

    ReplyDelete