Kemaskini:
SEPAKAT! Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri, Timbalan? Serah Pada Mukhriz
SEJAK dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993, Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara.
Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri, sebaik Dr Mahathir Mohamad – yang pernah memecat Anwar pada 1998 – melepaskan jawatan perdana menteri buat kali kedua.
Bagaimanapun, 22 bulan pentadbiran PH dibayangi keraguan peralihan kuasa itu benar-benar akan berlaku, dan rampasan kuasa politik pada Februari lalu meranapkan rancangan peralihan kuasa tersebut.
Malah kini, ketika ‘PH Plus’ – yang turut melibatkan wakil rakyat Bersatu yang menyokong Mahathir dan Warisan – disebut-sebut bakal merampas semula kuasa, persoalan yang terus dibicarakan adalah apakah Mahathir atau Anwar yang akan dinamakan sebagai calon perdana menteri.
Dalam temu bual eksklusif Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya semalam, Anwar berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berlaku.
Dia mengaku terdapat wakil rakyat PH yang mempunyai pandangan pragmatik dan mahu Mahathir menjadi calon perdana menteri bagi memastikan mereka mendapat bilangan sokongan yang diperlukan bagi mencapai majoriti di parlimen.
“Hujah mereka agak berasas.
“Beberapa hari lepas ini, saya ada berjumpa dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, Amanah, PKR yang berkata, ‘Kami setuju dengan kamu, polisi dan prinsip adalah perkara paling penting. Tapi tolonglah jadi realistik, ini ialah realpolitik (politik praktikal).
“Maka kami tak boleh abaikan perkara ini,” katanya.
Mahathir kini mempunyai empat ahli parlimen Bersatu yang menyokongnya dan Warisan juga nampaknya lebih menyebelahi bekas perdana menteri itu berbanding PH sendiri.
Memberi ruang buat Mahathir kembali berkuasa buat kali ketiga, boleh menjadi langkah penting dalam mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari Bersatu yang lain, malah juga dari GPS sekiranya PH Plus mahu membentuk kerajaan yang stabil.
Meskipun dengan semua pertimbangan itu, kata Anwar, parti-parti dalam PH Plus memberikan sokongan penuh kepadanya sebagai ketua pembangkang.
‘Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir’
Disoal apakah dia yakin akan dinamakan sebagai calon perdana menteri, setelah diam buat seketika, presiden PKR itu menjawab ringkas, “cautiously so (ya, tapi dengan berhati-hati)”.
Bagaimanapun, Anwar percaya, mendapatkan sokongan tidak harus sampai mengorbankan cita-cita.
“Apabila kamu bercakap tentang jumlah sokongan, kamu mengetepikan soal agenda. Dan kamu perlu menangani soal kekuatan dan kekurangan silam dalam pentadbiran PH, dan saya tak rasa kami akan mampu (mengabaikan) perkara itu.
“Jadi bagi saya ia amat penting. Jika saya akan dilibatkan dengan perubahan semacam ini, saya tak akan berkompromi,” tegasnya.
Anwar menambah bahawa sekiranya PH berjaya menawan semula Putrajaya, dia tahu dia mempunyai tanggungjawab melaksanakan urus tadbir yang baik dan membersihkan negara daripada rasuah dan perbelanjaan yang melampau.
Pendirian soal pinsip ini nampaknya menjadi garis pemisah antara Anwar dan Mahathir.
“Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir, isunya sentiasa soal polisi. Kami sangat mesra (semasa perjumpaan PH plus Selasa lalu),” katanya ketika menjawab soalan tentang perhubungan mereka.
Mahathir juga berkata dia tidak mempunyai isu dengan Anwar dalam satu sidang media minggu lalu. Tetapi, pada Mac, beliau ada membuat kenyataan bahawa orang Melayu tak menerima kepemimpinan Anwar kerana ideologi politik liberalnya.
Hubungan antara Mahathir dan Anwar sentiasa menjadi aspek penentu dalam politik Malaysia sejak dua dekad lalu.
Meskipun berganding bahu ketika berdepan PRU pada 2018, masih ada kejanggalan yang dilihat berlegar di antara mereka berhubung isu peralihan kuasa.
Kata Anwar, sehabis boleh, dia sudah cuba membendung penyokong-penyokongnya yang mendesak peletakan jawatan Mahathir tetapi turut menyatakan mereka mempunyai hak untuk mempersoalkan Mahathir memandangkan ketidakjelasan berhubung peralihan berkenaan.
Bagaimanapun, presiden PKR itu menafikan dakwaan yang dia obses untuk menjadi perdana menteri.
Dia memetik rakaman audio mesyuarat PH pada 21 Februari yang bocor, apabila dia akur untuk memberi ruang agar Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri dan hanya menyerahkan jawatan itu apabila Mahathir bersedia.
“Adakah itu gambaran seseorang yang gopoh dan tak sabar? Tidak.
“Saya sangat gembira dengan rakaman audio itu kerana ia membidas segala propaganda (yang dimainkan) oleh sebahagian orang kami dan juga musuh politik kami, kononnya (saya tak sabar nak jadi PM),” tambahnya.
Kini, terdapat spekulasi bahawa Anwar akan berkompromi terhadap Mahathir dengan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada anak Mahathir, Mukhriz.
Disoal mengenai hal ini, Anwar membalas: “Orang bagi macam-macam cadangan dan kami mesti berikan pertimbangan sewajarnya.
“Tapi akhirnya, ia merupakan isu tahap sokongan yang dimiliki seseorang dan daya saing,” katanya.
Mkini
(Visited 1,304 times, 1,316 visits today)
6 comments:
SEPAKAT SEPERTI YANG DAP CANANGKAN
Chin Tong dari DAP yamg cadangkan Brother as PM and Mukhriz TPM setelah Ronnie Liew belasah Tun sebab keruntuhan PH....
Look how the master puppet DAP adjustable pemimpin Melayu for Melayu or Cina..!?
For Malay people and especially to Walaun Unta in PH plus lu fikir lah sendiri
Who will get more ' untung' DAP, PKR, Bersatu PAN , Melayu or Cina..!?
Tepok sebelum baca
Who is arrange Mahathir will make way for Anwar to become PM9 if Mukhriz is made the DPM - DAP saya ulangg.. !! DAP
Whom is the brokering Peace Treaty Between Mahathir And Anwar With Mukhriz As The Offering..!? DAP... saya ulangggg Yes DAP..!!
Who feels Mahathir does not really want to come back as Prime Minister for the third time. - the answer is DAP
The question is 'Who are all behind this scene..!? - DAP
Who is really wants is to perpetuate atok dynasty and protect his family by ensuring that Mukhriz will become PM9 or PM10 - DAP
Who is behind this scene ensuring it..!? DAP
Who is blackmail the Mahathir’s family may be in danger once he is gone, which may not be that too far into the future. - DAP
Who is behind the scene to warned his legacy in danger.!? DAP
Why his legacy threaten in danger who sing this song..? DAP because DAP wants atok become his obedient slave ( bacol) like 'lembu cucuk hidung'
Who use this two useless Melayu legacy and "whose behind the scene..!? DAP
Who will get the benefit behind this all scene. Malay or Chinese DAP..!? Yes of course DAP
To all walaun unta in Bersatu, PKR, PAN lu ada mata lu tengok, lu ada otak haah lu fikir la sendiri..!!! Sapa huntung..? DAP
Who wants to gets orang melayu menang sorak kampung tergadai.!? - DAP
Who is the power brooker between this useless legacy and make Malay fighting again..!? - DAP
Who is the puppet master creating of leader between this two Melayu BACOL of this useless legacy - DAP
Haaah walaun unta sekeliannn.. Bring it on
DAP knows that Pakatan Harapan’s hope of getting back into power is ZERO as long as the power-struggle between Tun Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim does not end.
This two useless legacy is only Malay slaves of his master DAP.
Who is really this two legacy really BACOL..!? DAP
At last siapa yang untung..!? DAP
Soo lepas ni....!!
Kasi taji cukup cukup orang tua tu . !! Walaun kata atok ni fikiran nya one step ahead dari fikoran orang Melayu...
Banyak la cekadak kau walaun unta.. fikiran atok mme superb one step ahead untuk membelit, menipu, memfitnah dengan lidah bercabang nya...
Sepakat jadi pencacai DAP
Saya ulang..!!
TEPOKKkkkk..!!!
beg beg kesayangan rosie mama calar "magik color"
sakit nya
Setuju anuar jadi pm. Tapi bukan kat malysia. Kat negara lain yg ada lgbt dan liberal. Kat situ anuar boleh bukak kuliah hadis tafsir versi liberal. Kat malaysia kita dah ada pm yg terbaik dan ulamak yg bagus bagus.
Sepakat golongan minoriti bang non jadi pm. Tapi tidak bagi golongan majoriti akar umbi. Bang non tidak layak memimpin bani melayu kerana liberal dan sejarah lampau yg legam.
Setuju abang Non jadi PM di negara Republik Afrika Tengah.
Larang minum arak dikatakan rasis. Ambil tindakan atas orang yg melanggar dan mengakibatkan kematian pun dikatakan rasis. Seperti apa prinsipal seperti ini?
Post a Comment