Patut Selalu Elak Tidur Sama, Suami Terkejut Rupanya Isteri Berjantina Lelaki!
BARU-BARU ini tular foto pasangan pengantin baru dari Lombok, Indonesia. Jika dilihat, mereka sama seperti pasangan yang lain, nampak sepadan bersama.
Akan tetapi, disebalik foto perkahwinan ada satu rahsia yang membuatkan pengantin lelaki menyesal tak sudah. Mana tidaknya, ‘wanita’ yang dikahwininya adalah seorang lelaki!
Bini aku seorang jantan!
Pasangan itu berkenalan menerusi sosial media sebelum memutuskan untuk bernikah. Malah, lelaki, dikenali Muh, 31, itu memberikan mahar sebanyak Rp20 juta kepada ‘isterinya’ dikenali sebagai Mit berusia, 25 tahun.
Pernikahan pasangan tersebut berlangsung dengan lancar, bersaksikan ketua masyarakat di kawasan tersebut.
Lari rumah minta cerai
Muh menyedari isterinya berjantina lelaki selepas dua kali mengajak untuk berhubungan intim ditolak, malah si ‘isteri’ lari dari rumah dan meminta cerai.
Mahu memujuk isteri kembali bersama, Muh mencari maklumat mengenai alamat rumah pasangannya. Namun, apa yang dijumpainya amat memeranjatkan selepas penduduk setempat memaklumkan isterinya sebenarnya adalah asalnya seorang lelaki.
Berasa sangat tertipu, Muh terus bertindak membuat laporan polis terhadap ‘isterinya’ itu, kerana berasa dirinya telah dianiaya hidup-hidup.
Sumber : Tribun NewsKomen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang lelaki ingin berkahwin dengan pasangannya. Bila berkahwin baru tahu pasangan itu, rupanya lelaki bapok atau pondan. Yakni bukan perempuan.
Maqasid Syariah
Di situ perlunya Maqasid Syariah atau cegah kemungkaran LGBT sebelum jadi fenomena yang tidak menyenangkan. Contohnya seperti di atas.
Bukan sahaja Syariah menghendaki pintu-pintu kejahatan ditutup, malah pintu-pintu kebaikan hendaklah dibuka, atau disebut sebagai Fathu Zaraik ( فتح الذراىع ).
Kawanan Gay dan Lesbian sepatutnya dikumpulkan dan diberi rawatan. Bagi yang masih berdegil maka hendaklah dihukum, bertujuan supaya orientasi seks yang dilaknat Allah ini tidak merebak dan dianggap normal oleh umat Islam. Bahkan dikatakan ada parti politik memperkenalkan ajaran sesat 'liberal' di negara ini.
Bahkan wakil rakyat bapok pun ada. Pada hari ini, fenomena Gay semakin menyerlah, semakin berani, melalui media sosial, terutamanya twitter. Apa lagi dari luar negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment