Monday, June 08, 2020

Tidak Wajar Halang Warga Asing Ke masjid, Ibnu Hasyim Sokong MAPIM

Sekumpulan pekerja warga asing bersolat di bawah jambatan berdekatan kongsi penempatan mereka di ibu kota ketika pelaksanaan PKP pada Ramadan lalu. - NSTP/Aizuddin Saad
Sekumpulan pekerja warga asing bersolat di bawah jambatan berdekatan kongsi penempatan mereka di ibu kota ketika pelaksanaan PKP pada Ramadan lalu. - NSTP/Aizuddin Saad


PUTRAJAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan tindakan kerajaan tidak membenarkan warga asing yang negatif COVID-19 menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihaknya meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan.

Katanya, MAPIM melihat keputusan itu sebagai satu diskriminasi yang tidak wajar dan tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi.
"Kami bersetuju supaya semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.
"Kami menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dirujuk kepada Menteri Agama, Mufti serta Majlis Agama Negeri.
"Sudah tentu ia perlu diputuskan oleh Sultan di negeri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan sahaja.
Menurut Ismail Sabri hal ini kerana isu positif COVID-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.
Sebelum ini, media turut melaporkan pendedahan polis mengenai kegiatan penjualan laporan saringan COVID-19 palsu dalam kalangan warga asing yang menyaksikan dua dalang sudah ditahan setakat ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong MAPIM, kerana nilai manusia di sisi Allah SWT hanya 'taqwa'. Di sisi kerajaan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. Tak ikut peraturan bukan warga negara pun tetap salah! Warga asing juga berbakti kepada negara ini dan dibayar upah. 
Jangan ikut perangai Yahudi/Israel, hanya bangsanya saja manusia pilihan, manusia lain di sebut 'goyim' (bahasa Ibrani), atau manusia lembu yang boleh dibuat apa saja. Begitu juga sifat perkauman di AS, bilik air awam pun diasing-asingkan mengikut warna kulit. Pemimpin Malaysia yang bukan kulit putih pun kalau di sana layaknya bersana bangsa Negro! 

Wahai manusia, kembalilah kepada Islam, tiada kasta warna kulit!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails