Friday, June 05, 2020

Trend hilang kerja dijangka naik 200% Tahun ini.


Sikit Tazkirah Ekonomi:
TREND kehilangan pekerjaan di negara ini dijangka akan meningkat daripada 50 peratus kepada 200 peratus sepanjang tahun ini berikutan banyak perniagaan dan syarikat menutup operasi akibat pandemik Covid-19.
Berdasarkan laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapati individu kehilang pekerjaan di negara ini meningkat 42 peratus bagi suku pertama tahun ini kerana kesan Covid-19.
Menurutnya, daripada 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan Perkeso pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor pelancongan manakala 1.457 juta lagi bekerja dalam bidang pembuatan.
"Lebih daripada separuh perniagaan ditutup membabitkan majikan besar dengan lebih 200 pekerja dalam sektor pelancongan.
"Sektor pembuatan memberhentikan paling ramai pekerja iaitu 23 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan kos operasi kerana menutup kilang," katanya.
Laporan bertajuk Unjuran Pekerjaan Suku Pertama 2020, Impak Covid-19 terhadap Kehilangan Pekerjaan (LOE) itu menyatakan peratusan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah berdaftar dengan Perkeso sebenarnya menurun empat peratus tahun lalu.
Dalam kalangan kumpulan ini, 84 peratus sudah bekerja lebih dua tahun di syarikat yang sama.
Sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.
Selangor menjadi negeri paling tinggi kehilangan pekerjaan iaitu 32 peratus berikutan 30 peratus daripada semua pekerjaan berada di negeri itu mewakili peningkatan enam peratus berbanding 2018.
"Lebih membimbangkan adalah Kedah yang menyumbang satu daripada enam kehilangan pekerjaan walaupun menempatkan sejumlah kecil majikan.
"Kehilangan pekerjaan di Johor kebanyakannya dalam sektor perkilangan dengan menyumbang 37 peratus dan industri pelancongan 36 peratus," katanya.
Menurutnya, negeri seperti Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan kehilangan pekerjaan tertumpu kepada industri pelancongan. (MyMetro)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

2 comments:

Anonymous said...

AWAS ewallet RM30 eh RM50

Kita jgn terlalu ghairah dengan RM50 yang kerajaan PN nak bagi sekarang ni kerana kita perlu fikir dalam masa yang sama kita telah memberikan maklumat peribadi kita kepada orang lain...

Apa kesan masa depan?? Jika maklumat kita org lain guna ?? Contoh untuk PRU ke 15 akan datang.... atau kemungkinan digunakan oleh pendatang asing untuk menjadi warganegara kita.. Fikir yg buruk dulu..!! Rasanya RM50 kita boleh usaha cari.. Tapi jika hak mengundi kita dalam PRU 15 hilang, kita akan kehilangan negara dan menyesal tk sudah...Sistem ini dibuat oleh DAP ... Data-data kita akan mereka perolehi dengan mudah...
Fikirkanlah wahai bangsaku.

Sebarkan demi Islam

Anonymous said...

Masa Pakatan Hancing beri 30 hengget kepada rakyat untuk belanja setahun, tidak ada pula penulis di atas tulis komen seperti ini. Penulis komen hipokrit atau double standard atau RBA poyo ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails