SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Daroyah Alwi, yang juga Adun Sementa membuat pengumuman keluar dari PKR.
Keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Saya bernombor ahli B1800073914 dengan ini ingin mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai timbalan ketua Wanita PKR pusat, serta keluar dari parti berkuat kuasa hari ini.
“Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada presiden juga parti yang alpa tentang idealisme perjuangan serta hala tuju parti,” katanya dalam sidang media hari di Shah Alam, hari ini
Pada 4 Mac lalu, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR pada Mac lalu mendesak Daroyah dan ketuanya, Haniza Mohd Talha supaya menyatakan pendirian secara jelas mengenai sokongan Anwar.
Daroyah sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati dengan penggantungan ketua Wanita PKR dan Adun Lembah Jaya Haniza Talha.
No comments:
Post a Comment