KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah ahli parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli parlimen kerajaan berapa, ahli parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli parlimen.
“Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita, pada Ahad.
- DAP Pertikai Cadangan Najib Adakan PRU Jika Pergolakan Politik Terus Berlaku
- Sultan Johor Beri Amaran Bubar DUN Serta Merta Jika Berlaku Lagi Perebutan Kuasa
Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.
Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.
“Secara keseluruhannya kerajaan hari ini bukanlah sebuah kerajaan yang kuat. Sebab itu, bagi saya jalan terbaik (untuk menyelesaikan isu semasa) adalah memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Pakatan Harapan kini sedang giat berunding untuk mencapai persetujuan bagi mengambil alih Putrajaya. (S.TV)
No comments:
Post a Comment