Sunday, July 05, 2020

3 Tahun 'tiada kerja tetap'. Khalid Jamlus Dihubungi T/M.Belia.

Lelong kasut emas, kisah Khalid Jamlus dapat perhatian
Khalid berhasrat melelong kasut emas yang dimenanginya sebagai langkah survival. - Foto/Facebook/Khalid Jamlus
SUKAN 
Lelong kasut emas, kisah Khalid Jamlus dapat perhatian

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas bintang bola sepak Perak, Khalid Jamlus, melelong beberapa barang peribadi termasuk kasut emas yang dimenanginya sebelum ini menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Khalid melakukan lelongan itu dalam satu sesi Facebook Live, Jumaat lalu, dan berjaya menarik lebih 1,000 penonton.

Kasut emas itu dimenangi Khalid pada tahun 2002, sebagai penjaring terbanyak tempatan dengan menjaringkan 17 gol.

Selain kasut emas, turut dilelong ialah pingat dan jersi.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Khalid itu kerana barang-barang tersebut dilihat mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Namun Khalid memberitahu dia terpaksa berbuat demikian sebagai langkah survival selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Dalam kemas kini terbaharu di Facebook, Khalid yang pernah beberapa kali menyarung jersi kebangsaan memaklumkan dia dihubungi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk satu sesi pertemuan.

"Insya-Allah mungkin ada sinar," tulis Khalid pada kapsyen gambar tangkap layar perbualannya dengan Wan Fayhsal menerusi WhatsApp.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails