Keluarga dengan pendapatan RM2,500 sebulan mungkin dikategorikan sebagai miskin bandar mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) metodologi 2019. - Foto hiasan NSTP
Sikit Tazkirah Ekonomi:
Pendapatan RM2,500 di Kuala Lumpur mungkin dikategorikan miskin bandar
KUALA LUMPUR: Paras Garis Kemiskinan (PGK) baharu yang akan diumum kerajaan dalam masa terdekat perlu bercirikan lokaliti tertentu selain menambah beberapa lagi segmen yang dianggap satu keperluan bagi sebuah isi rumah.
Penganalisis ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata wujud perbezaan yang ketara dari segi kos sara hidup antara bandar tertentu di Malaysia.
Contohnya kata beliau, bagi bandar seperti Kota Bharu di Kelantan, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, ia mungkin mencukupi bagi individu yang sudah berkeluarga, namun di bandar besar lain mungkin berbeza.
"Di Kuala Lumpur, dengan pendapatan RM2,500 sebulan mungkin dikategorikan sebagai miskin bandar. Sebab itu, ukuran PGK ini perlu dikhususkan mengikut lokaliti atau bandar-bandar.
"Mungkin Bandaraya Johor Bahru dan Georgetown, Pulau Pinang tidak sama dengan PGK di Kota Kinabalu di Sabah. Sama juga (PGK) di Kuala Lumpur pun berbeza dengan bandar-bandar yang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pengkelasan PGK mengikut lokaliti ini akan membantu kerajaan untuk merangka dasar ekonomi yang lebih teliti dan bersasar.
Penilaian PGK juga mesti diperluas dengan mengambil kira perbelanjaan baru bagi setiap isi rumah yang kini boleh dianggap sebagai satu keperluan.
"Contohnya seperti bil Astro, bil telefon bimbit dan sebagainya. Ini dianggap sebagai keperluan utama bagi isi rumah sekarang. Jadi ia mesti dikira sebagai kos perbelanjaan.
"Sama juga bayaran pinjaman bank untuk kenderaan serta pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) juga dianggap sebagai satu keperluan pada masa kini," katanya.
Shazali yang juga Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, PGK juga mesti bersifat dinamik yang mana penilaiannya dibuat pada setiap masa.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, tidak menolak kemungkinan kadar kemiskinan negara meningkat apabila PGK baharu berdasarkan metodologi 2019 diumumkan dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Jeli itu berkata, ini kerana PGK RM980 bagi isi rumah yang ditetapkan mengikut metodologi 2005 sudah tidak relevan. (BH)
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah
4 comments:
UMNO TOLAK AZMIN
Tok mat dan Hishamudin pun bersekongkol dgn pengkhianat Azmin juga. Berkali2 mereka mengadakan mesyuarat sebelum merampas kuasa, dgn jasa Hishamudin lah umno pas dapat jadi kerajaan. tak gentlement la bila dapat jadi kerajaan tiba2 pakar penasihat rampas kuasa (Azmin) hendak di ketepikan! kesian Azmin, kesian Zuraida, kan ke Azmin cita2 nak jadi PM, kalau la kalah Azmin dgn zuraida di Selangor apa akan jadi pada kepakaran Azmin yg mengusulkan Mahyudin jadi PM, kerajaan PN.
PNkhianat Bangsa dan Negara sedang menerima kutukan ALLAH!
Tun, himshamudin, azmin, zuradai, njip, zahid, HJ HADI and the gangs puak umno pas mca mic INI SEMUA pnKHIANAT. mereka ini perompk korap pengkianat pm mydin Tak bleh percya
PAS tak dok maruah, hidup seperti lalang terhuyunh hayang macam umang umang tumpang rumah orang perasan jadi tok dalang sorban lilit melintang kejo buat ngalohkang setang lain diucap lain dilagang, supo setangggggggggggggggggggggggggggggg
astro,bil hp,kereta kalo termasuk juga dlm unjuran kemiskinan mmg teruk sgt la idup rakyat malaysia... bila ada freeview or njoi kenapa oerlu astro...kalo asa prepaid plan why you need postpaid plan....kalo moto xperlu bayar tol pakai motor 4 daily use....u choose....pilih lebih utama astro or bayar ptpn....
Post a Comment