Tuesday, July 07, 2020

Al Jazeera: Apa Kata PAS? Lihat Komen Najib..


Siasat Dalang Di Sebalik Dokumentari Al Jazeera

KANGAR: Agensi berita asing Al Jazeera wajar memohon maaf kepada kerajaan Malaysia atas penyiaran dokumentari yang tidak tepat, kata Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan.
Menurutnya, dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ bukan sahaja mengelirukan, bahkan turut memberikan imej buruk kepada negara.
“Penyiaran dokumentari berdurasi 25 minit 30 saat berkenaan timbul ketika kerajaan Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaannya dalam menangani Covid-19.
“Sebagai media antarabangsa yang profesional, sepatutnya Al Jazeera merujuk kepada kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum menerbitkan dokumentari berkenaan.
“Tetapi mereka memilih untuk menerbitkan dokumentasi yang sarat dengan pembohongan dan fakta yang bercanggah dan inilah yang menimbulkan persoalan kepada kita, apakah mereka mempunyai ‘hidden agenda’ terhadap negara kita,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
Beliau tidak menolak penyiaran dokumentari berkenaan sememangnya berniat jahat dan penerbitannya turut didalangi pihak-pihak tertentu di negara ini.
“Sememangnya, setiap kali isu PATI ini dibangkitkan, akan ada suara-suara yang bangkit membela mereka (PATI) atas nama ‘hak asasi’, ‘kemanusiaan’, ‘perkauman’ dan sebagainya.
“Mereka ini akan sentiasa menentang sebarang usaha kerajaan dalam membenteras PATI hinggakan sanggup menggunakan pengaruh asing bagi memberi tekanan kepada negara.
Justeru beliau menggesa satu siasatan dibuat bagi mengenalpasti pihak yang menjadi dalang dalam penerbitan dokumentari berkenaan. (Berita PAS)
Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
Sengaja saya tak komen tentang laporan program 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin dua hari dahulu.
Supaya Rakyat Malaysia boleh tengok dan nilai sendiri bahawa program ini banyak mengikut naratif orang PH serta NGO-NGO pro-PH. Dah bertahun-tahun, saya merupakan orang yang menerima kesan paling teruk dari program ini.

Misalnya laporan mereka tahun 2015 untuk kes Altantuya di mana mereka dah lama cop saya sebagai pembunuh pada masa geng PM4 sedang memainkan isu ini.
Dan juga pada wawancara tahun 2018 mereka apabila wartawan berkali-kali ingkar janji untuk tidak bertanya tentang kes 1MDB kerana kes baru masuk mahkamah masa itu dan saya dinasihatkan untuk tidak komen.

Tetapi mereka tetap tanya juga walaupun dah berjanji sebelum wawancara bermula untuk tidak tanya. Namun setelah wawancara bermula, saya ada juga jawab sedikit. 
Tetapi selepas saya jawab, dia tanya benda yang sama sekali lagi pulak! 
Mana tak bengang masa itu? Dan tahun 2019 lepas juga apabila 101 East gunakan wawancara Deepak untuk banyak memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan liar.
Selepas itu, Deepak kalah dalam mahkamah pada awal tahun ini dengan alasan hakim bahawa Deepak tidak ada sebarang bukti dan dia diarahkan untuk membayar kos kepada kita pulak.
"Kelima-lima defendan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas alasan tuntutan saman kesemua plaintif tidak lengkap, tidak jelas serta tidak dapat dibuktikan."
"13 Jan 2020: Mahkamah batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah", Rujuk di sini.
Kesemua kes-kes itu adalah dari program yang sama. Program 101 East dari saluran Al Jazeera. Masa itu, ramai yang percaya 101 East pulak! 
(Siapa yang bersorak dan percaya semasa mereka menghentam saya masa itu, baik mengaku!)
Laporan oleh Al Jazeera yang bersifat palsu terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib.
Sekarang kita boleh nilai sendiri.
Sebab itu, saya nasihat Rakyat untuk mengambil pengajaran supaya kita tidak mudah percaya dengan segala laporan media asing - terutama dari media-media yang banyak bergantung kepada naratif pihak PH.

NOTA: Admin untuk page FB program 101 East Al-Jazeera ada 9 orang. Tiga admin adalah dari Malaysia. Siapakah mereka? FB Al Jazeera.
– Najib Razak
 
Admin Al Jazeera dikelola oleh 9 admin termasuk 3 dari Malaysia. Siapakah mereka? Al Jazeera dimiliki oleh negara Qatar yang kini diperintah oleh Tamim bin Hamad Al Thani. Mengapa Qatar begitu membenci Malaysia?
Kiri, Emir Qatar Tamim bin Hamad Al Thani. Kanan Presiden Iran Hassan Rouhani. Mengapa Qatar begitu membenci Malaysia tetapi mempunya hubungan baik dengan negara Iran?
(IH)

4 comments:

Oasispg said...

Dh terangblg bersuluh qatar melindungi teroris dan pemberontak negara. Sebab tu saudi dan buk negara arab putus hubungan dengannya

Oasispg said...

Dh terang lg bersuluh qatar melindungi teroris dan pemberontak negara. Sebab itu saudi dan negara arab lain putus hubungan dengannya.

Anonymous said...

Al jazeera milik zionist juga. Media utama dunia dikawal oleh zionist dan sekutu zionist.

Anonymous said...

Jom ramai2 kita percaya kat najib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails