Wednesday, July 22, 2020

Apa motif 2 wanita ini melakukan perbuatan tidak bermoral?


Wanita Yang Menconteng Mural SPB YDP Agong Sudah Di Kenal Pasti
Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, jadinya, istilah yang paling tepat untuk admin gambarkan perbuatan biadap 2 wanita yang menconteng mural potret SPB YDP Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 'BODOH SOMBONG, PANDAI KURANG AJAR!!!'

Orang tua dah pesan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tidak perlu dipersoalkan apa motif kedua-dua wanita ini melakukan perbuatan yang cukup tidak bermoral itu.

Sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional di mana Perdana Menterinya dilantik oleh SPB YDP Agong, itu masaalah mereka dan bukannya alasan untuk menghina ke bawah duli tuanku.

Siapa mereka untuk mempertikaikan keputusan yang telah SPB YDP Agong telah putuskan mengikut lunas Perlembagaan Malaysia.

SPB YDP Agong adalah institusi yang wajib dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia kerana baginda adalah Ketua Negara.


Menghina SPB YDP Agong sudah merupakan satu kesalahan dan boleh didaklwa di bawah Akta 15, Akta Hasutan 1948 (BACA DI SINI).


Perbuatan terbaru menghina SPB YDP Agong itu juga menimbulkan kemurkaan SPB Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor, baginda menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Selangor.

Baginda juga mahu pelaku ditangkap dan didakwa dengan segera (BACA DI SINI).


Ada teori yang mengaitkan wanita yang menconteng mural wajah SPB YDP Agong itu adalah orang yang sama dengan 'Si Tembam Super Ring'.


Admin tidak pasti sama ada teori tersebut betul atau tidak kerana dari rakaman gambar CCTV yang dirakam ianya nampak sama namun tidak dapat dipastikan.

Siapa pun yang melakukannya dan walau atas alasan apa pun ia dilakukan, ianya adalah satu kesalahan yang cukup serius kerana bukan sahaja boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Hasutan 1948 (Akta 15), malah ianya juga bercanggah dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Tindakan tegas dan pantas mesti diambil oleh pihak PDRM dan seperti yang dititahkan oleh DYMM SPB Sultan Selangor, tangkap dan hukum mereka segera!!!

5 comments:

Anonymous said...

Bukan menuduh, tapi disarankan agar pihak polis dapat menyiasat kalau2 ada penglibatan MBSA itu sendiri.

Mural tu mudah sahaja untuk di touch-up TAPI kenapa MBSA bergitu pantas dan bersungguh2 memadamkan kesemua gambar2 mural YDPA, pemimpin2 tersebut?

Ianya mengundang seribu persoalan!

Anonymous said...

Tangkap, dakwa dan hukum dua ekor betina rasis tersebut dan mastermind mereka dan batalkan kerakyatan mereka dan halau mereka keluar dari Malaysia kerana mereka telah menghina Agong , PM dll yang bererti mereka telah mengkhianati negara ini.

cikminah said...

Kenapa MBSA padam mural itu....?
Senang je jawapannya. Mungkin tuan punya bangonan komplen kat MBSA. Tapi didiamkan je. Bila berlaku kejadian ni, padam jelah. No big deal. Orang punya bangunan. Bukan kerajaan punya.

Kedua, kenapa buat mural kat negeri lindongan PKR? Suka hati MBSAlah ambil tindakan, tak mahu panjangkan isu ni.
Ketiga, apa tuduhan nak dikenakan ke atas dua pompuan itu? Takkan nak tuduh vendalisme sebab melakar mural di bangunan awam tu dah dikira vendalisme. Ada surat kebenaran dari tuan bangunan...?

Pendek kata, terimalah kenyataan. Tak semua orang suka pemimpin PN walupun Agong yg lantik.

Anonymous said...

(1) Perkataan 'mungkin' dalam perenggan 1 menunjukkan cikminah sendiri membuat andaian yang tidak berasas.

(2) Selangor masih berada dalam Malaysia maka persoalan membuat mural Agong, PM dll di Selangor adalah tidak relevant sama sekali.

(3) Tuduhan menghina Agong, PM dll perlu dikenakan terhadap dua betina pengkhianat tersebut kerana semua orang tahu mural yang dihina itu adalah gambar Agong dan PM dll.

(4) 'Tidak suka' tidak bererti boleh menghina Agong dan PM dll. Kamu cikminah guna undang-undang rimbakah ?

(5) Nampaknya Komen kamu seolah-olah kamu cikminah menyokong penghinaan ke atas Agong Dan PM dll. Adakah kamu juga terlibat dalam jenayah ini ?

(6)Jika penghinaan dilakukan ke atas raja Thailand, kamu tahu apa hukumannya ?

Anonymous said...

Kenapa mbsa padam mural?
Cikminah kena tanya mbsa. Yg ni cikminah tanya, cikminah jawab. Akhirnya jawapan cikminah serupa fitnah. Tindakan cikminah tidak amanah. Cikminah keliru masyarakat jadi haru biru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails