Monday, July 27, 2020

Arab Saudi mula tugas tuan rumah ibadat haji

Foto dirakam pada 24 Mei 2020 ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Foto AFP
Foto dirakam pada 24 Mei 2020 ketika umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Foto AFP


MAKKAH: Arab Saudi akan memulakan tugas sebagai tuan rumah bagi ibadat haji mulai Rabu ini dalam keadaan jutaan umat Islam di seluruh dunia terpaksa melupakan hasrat menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya dalam sejarah moden berikutan pandemik COVID-19.
Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di Makkah akan mengerjakan ibadat itu pada tahun ini, berbanding 2.5 juta jemaah yang melaksanakannya tahun lalu.


Selain itu, media antarabangsa turut tidak dibenarkan membuat liputan berikutan kerajaan memperketatkan kemasukan dan kawalan kesihatan di Tanah Suci bagi mengelakkan penularan COVID-19 dalam tempoh lima hari yang diperuntukkan untuk menjalani ibadat berkenaan.
Menurut pihak berkuasa, jemaah yang bakal melaksanakan ibadat haji tahun ini sudah mula masuk ke Tanah Suci sejak hujung minggu dengan memakai pelitup muka, selain turut dipantau melalu sesi imbasan suhu dan perlu menjalani kuarantin.
Menurut dokumen program Kementerian Haji dan Umrah, setiap jemaah akan dibekalkan dengan kit bagi memudahkan proses ibadat haji, termasuk batu yang disteril bagi ibadat melontar, pembasmi kuman, pelitup muka, sejadah dan kain ihram.
Jemaah juga diwajibkan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum tiba di Makkah dan perlu menjalani kuarantin selepas selesai ibadat.
Pihak kementerian turut menyediakan beberapa fasiliti kesihatan, klinik bergerak dan perkhidmatan ambulans yang akan turut bertindak sebagai pemantau bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.
Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi berkata, cuma 1,000 jemaah iaitu dalam kalangan penduduk negara itu dibenarkan mengerjakan haji tahun ini.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dibenarkan melaksanakan ibadat itu.
Menteri Haji dan Umrahnya, Dr Mohammed Saleh Taher Benten, berkata proses pemilihan jemaah dibuat secara telus dengan tahap kesihatan menjadi kriteria utama.
Katanya, kira-kira 70 peratus jemaah haji terdiri daripada warga asing yang bermastautin di negara itu.
Setakat ini Arab Saudi merekodkan lebih 260,000 kes COVID-19, sementara jumlah keseluruhan jangkitan di seluruh dunia sudah pun melebihi 16 juta pada Ahad. - AFP
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

No comments:

Post a Comment