Tuesday, July 21, 2020

AS diselubungi insiden tembakan, terus tidak aman..



WASHINGTON, Amerika Syarikat: Seorang maut dan sekurang-kurangnya lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan di Barat Laut Washington, menurut polis lapor agensi berita Sputnik.


“Kelihatan seperti sembilan orang dikatakan maut… Kami masih menunggu pengesahan mengenai jumlah sebenar,” kata seorang jurucakap polis pada Ahad.
Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera terdiri golongan dewasa seorang daripada mereka telah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis D.C. Peter Newsham berkata polis sedang meneliti kamera pengawasan untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.
Polis sedang memburu tiga lelaki Afrika-Amerika yang dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian. 
Insiden berlaku pada Ahad petang di 14th Street dan Spring Road NW, di kawasan Columbia Heights di Washington D.C. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: AS negara pengganas, pasti tidak akan aman..

No comments:

Post a Comment