Wednesday, July 22, 2020

Bahtera PKR semakin sendeng menanti karam



SEAKAN bahtera PKR yang hebat satu ketika dulu kini sendeng kerana bocor dan menanti waktu untuk karam. Laungan keramat ‘Reformasi’ sepi dalam kegawatan yang tidak menentu.

Di Selangor Timbalan Speaker dan seorang ahli EXCO turut keluar PKR selain ratusan penyokong dan ahli mereka.

Sejak berlaku peralihan kuasa di Putrajaya selain Johor, Melaka, Perak dan Kedah ramai mula membuka mata dan beralih angin setelah sedar bahawa perjuangan parti ini sudah sia-sia kerana tumpuan lebih kepada perjuangan dan agenda peribadi.
Khabarnya ramai lagi di Selangor yang pro Datuk Seri Azmin sedang turut menanti masa. Mungkinkah Selangor giliran seterusnya untuk rebah?
Selain PKR dua orang ADUN PAN juga sedang menimbang langkah yang sama. Saat kehancuran PH yang selama ini didominasi DAP ternyata semakin pasti.
Jika masing-masing ikhlas mahu berjuang untuk rakyat dan sedar bahawa wadah yang ada sudah lari dan tersasar dari matlamat asal maka jadilah ahli dan pemimpin yang bijak. Di luar sini tersusun wadah dukungan rakyat yang disenangi dan sedang menempa pelbagai kejayaan.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Dari Sg Ramal ke Paya Jaras dari Tg Sepat ke Sabak dari Bukit Lanjan ke Bukit Melawati dari Sg Tua ke Seri Setia, rakyat Selangor di setiap bucu menunggu-nunggu perubahan.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/7/2020

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan

2 comments:

Anonymous said...

Tiada apa yang diperjuangkan selain hanya mahukan Non menjadi PM, itu sahaja!

Parti ini dijangkakan akan berakhir sebagai sebuah parti Cina apabila Non MATI kelak?




Anonymous said...

Kapal lanun pakatan hancing sedang terbakar dan karam maka tikus-tikus sibuk berenang ke kapal lain. Biarkan kapal tenggelam bersama gonna end, mike syiah, atuk kerala dan atuk non liberal mata satu. Padan muka. Tepuk ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails