Sunday, July 26, 2020

Benih Pembiakan Landak Sudah Ada Sekarang! -Pak Zuu Landak Malaya.


Mahadzir memberi makan kepada landak ternakannya di Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya di Kampung Tala, Sik. Rujuk berita landak di bawah..

Berita terbaru mengenai landak:
Ternakan landak raya beri pulangan lumayan 

ALOR STAR - Seorang penternak landak raya dari Kampung Tala di daerah Sik meraih pendapatan lumayan selepas ternakannya berjaya dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

Mahadzir Abd Hamid, 45, yang juga pengusaha Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya berkata, landak raya atau nama saintifiknya ‘Hystrix Brachyura’ mudah untuk diternak dan cepat membiak selain mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Semuanya bermula pada tahun 2013 yang mana ketika itu saya hanya membela tiga ekor landak raya sebagai hobi.

"Kemudiannya saya nampak ia ada potensi untuk dikembangkan dan dari situ saya telah menjalankan proses pembiakan awal dengan landak sedia ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini beliau mempunyai 150 ekor landak raya yang ditempatkan di dalam 30 unit kandang khas dan turut mempunyai lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Landak ini mudah dijaga kerana mereka susah untuk sakit manakala dari segi pemakanan saya selalu beri makan labu, ubi kayu, jagung dan kelapa yang berkualiti tinggi.

"Sebulan dianggarkan sebanyak RM3,000 diperlukan untuk menampung kos makanan bagi kesemua landak yang diternak,” katanya.

Hanya makanan yang berkualiti tinggi diberi kepada landak ternakannya.
Mahadzir berkata, ternakan landak itu mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha kerana saiz perniagaan itu dapat diperluaskan.

"Contohnya benih induk dapat dijual yang mana bagi sepasang landak raya ia dijual dengan harga antara RM4,000 hingga RM5,000.

“Selain itu, daging landak juga mendapat permintaan yang tinggi dan ia dijual dengan harga pasaran RM120 sekilogram tetapi buat masa ini bekalan daging landak adalah terhad," katanya.

Tambahnya, daging landak ini boleh dimasak dengan pelbagai cara tetapi kebiasaannya ia akan dimasak sebagai rendang, masak kicap atau digoreng.

“Landak raya ini juga dapat digunakan untuk tujuan perubatan seperti merawat penyakit penat, masalah urat saraf, menyembuhkan sengatan haiwan berbisa selain dapat menyembuhkan luka dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata, menyedari manfaat perubatan yang dapat diperoleh dari landak itu, bersama bersama lapan pekerja di situ turut menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan menghasilkan minyak landak raya yang dijual dengan harga antara RM20 hingga RM80 sebotol.

“Bagi perancangan masa hadapan, saya harap dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membuat kajian mengenai khasiat landak raya ini selain ingin membiak dan melahirkan landak spesis berdaging,” katanya.

Katanya, beliau turut membuka pusat santuarinya kepada orang ramai secara percuma setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang sebagai usaha untuk memberi pendidikan awal mengenai landak raya ini(SH). Sekian.


Benih Pembiakan Landak Sudah Ada Sekarang!  -Pak Zuu Landak Malaya.

SEBELUM menternak, yang perlu disediakan:

  1. Perlu mendapatkan lesen menternak, membawa, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN). Kalau dapatkan melalui kita, pihak kita akan urus semuanya sampai ke tempat atau ke rumah anda, di Malaysia sahaja. Kalau keluar negara, lain pula.
  2. Siapkan kandang yang bersesuaian bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah, sayur dan lain.. 
  3. Landak tahan lasak, tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan.
  4. Modal dan untung. Harga pasaran daging landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 se kilogram. Hakikatnya, daging haiwan eksotik berkenaan bukan saja mendapat permintaan tinggi, malah lebih mudah dijual berbanding kambing.
  5. Walaupun memeliharanya  sangat mudah, hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari.

Pengumuman
Suka saya mengumumkan juga, kini saya sanggup membeli landak untuk tujuan pembiakan dan penjualan daging dari mana-mana pihak samada dari dalam dan luar negara. 

Pak Zuu Landak Malaya.
Julai 2020

Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        

8 comments:

Anonymous said...

Benih landak adalah jauh lebih baik dari benih DA-Pigs dan khadam liberal mereka Yang sangat buruk kerana mereka menghina Islam dan menafikan hak umat Islam sedangkan benih landak takut pada Allah.

Anonymous said...

Apa yg ko mengarut ni syaitan?? Dah tebiat nak mampus ke?
Admin nk promote penternak landak pun ko komen politik

Anonymous said...

Nak ternak pi lah info ternak. Kat sini landak pun berpolitik. Pig pun dipolitikkan.

Anonymous said...

Wah RBA 9:18 menyalak histeria sejak gonna end tumbang baham tanah. Apa yg ko mengarut ni syaitan?? Dah tebiat nak mampus ke?

Anonymous said...

Anjing MCA pn nak politik jgk

Anonymous said...

Wah ni anjing yg sama dapig2 kat atas tu rupanya. Patut la xde modal lain

Anonymous said...

Wah RBA 12:08 bersahabat dengan Setan 9:18.

Mat landak said...

t.kasih, bos!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails