Wednesday, July 15, 2020

Bersih Rasuah, Ini PM 7 (PH): Cakap Tak Serupa Bikin?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri 7 Bilangan 2 Tahun 2019 di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (empat, kanan), Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (dua, kanan). - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri 7 Bilangan 2 Tahun 2019 di Bangunan Perdana Putra hari ini. 

Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (empat, kanan), Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (dua, kanan). - Foto BERNAMA
Selasa, 19 March 2019 | 8:14pm


Lagu Malaysia Bersih dinyanyikan dalam program kerajaan - PM (7)


PUTRAJAYA: Lagu ‘Malaysia Bersih’ dicadang untuk dinyanyikan dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. (PM 7)

Perdana Menteri berkata, lagu itu akan dinyanyikan selepas nyanyian lagu Negaraku.


“Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) mencadangkan supaya lagu Malaysia Bersih dinyanyikan dalam acara-acara tertentu dan program rasmi kerajaan.

“Kita akan nyanyikan lagu Negaraku disusuli dengan lagu Malaysia Bersih kerana kita ingin semai di dalam hati semua anggota kerajaan akan pentingnya kita bebaskan negara dari rasuah.

“Ia supaya kita tidak lagi dikenali sebagai negara kleptokrasi dan kembali menjadi negara demokrasi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR kali ke-7 di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Perdana Menteri mendedahkan wujud kem tentera yang dibina bertujuan menambah undi anggota tentera di kawasan tertentu, sebelum dikosongkan selepas berakhirnya pilihan raya umum.

Beliau berkata, kerajaan mendapati kem berkenaan dibina khususnya untuk pilihan raya supaya anggota tentera boleh ditempatkan di kem berkenaan.


“Kita kenal pasti ada cara jual tanah mengikut cara tidak benar, dengan tujuan untuk membina kem tentera. Kem-kem tentera ini dibina untuk tujuan pilihan raya, supaya askar boleh ditempatkan di kem berkenaan dan mengundi di kawasan itu.

“Ini adalah satu kesalahan tetapi kita dapati bahawa banyak tanah yang dibuat dengan cara ‘land swap’ ini supaya tanah ini cepat dibina. Ada kes selepas pilihan raya umum, kem ini kosong,” katanya.


Bulan lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mendedahkan pembinaan dua kem tentera itu didapati bukan keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, pembinaan itu dibuat atas perintah pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu bagi memindahkan pengundi ke kawasan itu atas dasar kepentingan politik mereka.


“Didapati pembinaan kem tentera terutamanya di Hutan Melintang (Perak) dan Paloh di Johor bukan atas kehendak ATM tetapi kehendak pemimpin politik,” katanya.


Sebelum ini juga, Kementerian Pertahanan turut menyerahkan laporan siasatan dalaman membabitkan ‘land swap’ dua kem tentera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati ia merugikan kerajaan dan mengancam kepentingan strategik negara.

Laporan siasatan berkenaan diserahkan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaei Ismail itu membabitkan projek pembinaan Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang.

Lagu Malaysia Bersih ciptaan Muhammad Yuri Mohamed Idris dan lirik oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff


Berikut lirik lagu Malaysia Bersih:


Harapan semua moga kita berjaya

Bagai negara yang kekal merdeka

Amanah bangsa kita pikul bersama

Jadikan Malaysia bahagia

Asal budaya kita, budi pekerti indah

Amanah jujur amalan kita

Kini masanya sudah tiba untuk bina semula

Negara tercinta

Kita bina negara, perangi rasuah

Kita satukan hati, demi ibu pertiwi

Keutuhan jiwa, bina nurani

Moga kita terus disanjungi

Harapan semua moga kita berjaya

Bagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya sudah tiba untuk bina semula

Negara tercinta

Malaysia bersih harapan kita

Malaysia bersih harapan kita


No comments:

Post a Comment