Wednesday, July 08, 2020

Bongkar PH Lelong Aset Tabung Haji..


Konspirasi Mujahid Dan Lim Guan Eng Melelong Aset Tabung Haji Terbongkar

Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan, banyak aset-aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera dijarah.

Antara yang menjadi sasaran utama ialah harta milik Tabung Haji atau TH (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Antara pendapatan utama TH adalah melalui pelaburan saham dan juga hartanah.

Akibatnya, pendapatan TH menjadi semakin menguncup dan ini terbukti apabila pada tahun kewangan 2018, TH hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1,25% kepada penyimpan TH (BACA DI SINI).



Rekod menunjukkan pada penghujung tahun 2017, TH Plantation (THP), anak syarikat TH memiliki hartanah untuk kegunaan pelbagai sektor sebanyak 101,000 hektar tetapi pada awal tahun 2020, pemilikan hartanah THP telah menyusut kepada 24,043 hektar sahaja.

Ini bermakna, hanya dalam masa 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, mereka telah menjual lebih 76,957 hektar hartanah milik TH!!!

Alasan yang Pakatan Harapan berikan ialah penjualan aset TH adalah kononnya bertujuan untuk menyelamatkan TH.



Terkini, blogger Abdul Rahim Hilmi Zakariya mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika pemerintahan Pakatan Harapan, Mujahid Yusof, telah menjual saham milik TH yang bernilai jutaan ringgit dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak ketiga dengan harga yang jauh di bawah pasaran.

Abraj Sdn Bhd adalah sebuah SPV yang ditubuhkan pada 2010 dan dimiliki bersama oleh TH dan Amanah Raya Berhad dengan pegangan saham 50:50.

Masing-masing, TH dan Amanah Raya Berhad (yang diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng), memiliki 40,225,000 pemilikan saham dalam Abraj Sdn Bhd.

Sepanjang pemilikan TH dalam Abraj, TH telah melabur sekitar RM45 juta.

Abraj Sdn Bhd memiliki 3 aset hartanah bernilai tinggi di Cyberjaya, MKN Embassy Techzone Blok A, MKN Embassy Techzone Blok B dan Bangunan Mustapha Kamal.

Pada tahun 2016, ketiga-tiga aset ini dinilai pada harga RM300 juta dan sudah pasti nilai itu akan meningkat lagi ketika pegangan TH dalam Abraj dijual pada tahun 2019.

Persoalannya, bagaimana Mujahid selaku Menteri yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan TH boleh membenarkan kepentingan TH yang bernilai ratusan juta ringgit dijual dengan hanya RM100,000 kepada pihak ketiga!!!

Nilai pegangan TH dalam Abraj Sdn Bhd yang dijual dengan harga Rm100,000 ternyata berada jauh di bawah harga pasaran!!!

Persoalan kedua, siapakah pihak ketiga yang membeli pegangan saham TH tersebut?

Apakah ianya berlaku sama seperti penjualan 2 subsidiari (termasuk tanah ladang seluas 5,703 hektar) yang dimiliki oleh TH Plantation kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd yang dimiliki oleh 5 taukey Cina (BACA DI SINI).

Seperti gesaan Pemuda UMNO Malaysia, Kerajaan Perikatan Nasional MESTI menubuhkan RCI dengan segera untuk menyiasat penjualan aset-aset Tabung Haji (BACA DI SINI).

Terlalu banyak penipuan dan penjualan aset Tabung Haji secara yang meragukan sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan.

Rakyat, terutamanya pencarum Tabung Haji mahu tahu kebenarannya dan sekiranya ada penyelewengan atau salah guna kuasa, heret semua yang terlibat ke mahkamah.


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

18 comments:

Anonymous said...

Hanya rm100 000 jer. Harga sepatutnya juta juta. Tanggung lah kau nanti. Baki juta juta tolak seratus ribu ke mana lesapnya.

Sudah dimaklumkan menteri agama ph ni bukan tahu hukum feqah. Dia ni guru bahasa arab. Tahu hukum nahu, bukan hukum feqah. Berguru pulak dengan eng guan,lagi hancur islamnya.

Anonymous said...

Jika pakatan penyamun pimpinan puak kafir Harbi memerintah negara, mereka pasti akan menyamun aset rakyat dan aset negara sambil menuduh dan menfitnah orang Muslim yang baik sebagai penyamun supaya rakyat terlupa tentang kepala bapak penyamun yang sebenar.

Bahkan kepala bapak kafir Harbi cuba menyamar sebagai khalifah Islam dengan bantuan kepala bapak syiah untuk kencing umat Islam yang jahil tentang wayang opera lakonan kafir Harbi dan khadam liberal mereka.

avanza5990 said...

takat jadi kerajaan tapi nampak senyap sepi makan gaji buta. nak ulas pasal ekonomi pun x reti. nak ulas isu semasa pun x reti. g ofis hujung bulan dpt elaun cari makan. macam mana malaysia dah maju dgn pemimpin mcm ni. pas tu dok banding dgn singapore. depa cerdik pandai pemimpin wpun kafir harbi.

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir Harbi sedang menyalak meroyan histeria sejak pemimpin kafir Harbi dan khadam liberal mereka tumbang baham tanah.

Sekarang RBA ini menyalak meroyan histeria lagi cuba menegakkan benang basah untuk membela pemimpin kafir Harbi dan khadam liberal yang telah menyamun tabung dan aset umat Islam.

Dahulu sebelum memenangi PRU, pemimpin kafir Harbi dan khadam liberal berjanji konon mereka akan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat tabung umat Islam.

Apabila mereka telah memenangi PRU, janji mereka ke laut. Mereka sendiri yang sibuk menyamun tabung dan aset umat Islam.

Sesungguhnya RBA adalah pembohong yang terkutuk dan tidak bermoral kerana mereka membela penyamun berskala besar dan membela puak kafir Harbi yang sedang menindas umat Islam di Sapura.

Jika Mao Tze Tung dan Stalin masih hidup, puak RBA sudah pasti akan menyembah dan menjilat mereka.

Anonymous said...

Pembetulan komen 3:54 :

Sesungguhnya RBA adalah pembohong yang terkutuk dan tidak bermoral kerana mereka membela penyamun berskala besar dan membela puak kafir Harbi yang sedang menindas umat Islam di Sgpura.

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir Harbi cuba menyamar sebagai orang Melayu untuk menghina pemimpin Melayu dan memuliakan pemimpin kafir Harbi yang sedang menindas umat Islam di Sgpore.

Anonymous said...

Habis aset2 TH dijarah oleh DAP melalui KHADAM2 PAN mereka!

Patut la KHADAM2 ni bermati2an membela dan mempertahankan DAP!

Anonymous said...

Syarat wajib jd penganut Pas: biar bodoh melampau tp kuat maki

Anonymous said...

Puluhan tahun membina TH sehingga mashyur diseluruh dunia, bahkan ianya dijadikan model!

Hanya 22 bulan sahaja diperlukan oleh DAP dengan bantuan KHADAM2nya PAN untuk MERUNTUHKAN TH!

Anonymous said...

Dah lupa ke lebai pas ajar: selagi mahkamah belum jatuh hukum, org tu belum confirm bersalah.
Ke walaun dah x walak gila babi mcm dulu?

Anonymous said...

Sudah sampai masanya sebuah RCI dibentuk untuk menyiasat dakwaan jutaan aset2 TH yang telah dilelong!

Sabit kesalahan poor governance oleh menteri pakatan hancing WAJIB dipenjarakan!


Anonymous said...

Bila ada KHADAM DAP menerajui @govern sesebuah kementerian maka akan hancurlah kementerian itu! Lihat sahaja TH sudah hancur, dividen terburuk dalam sejarah. Lihat pula LTAT, juga hancur, dividen terburuk dalam sejarah!

Alahai kesian tengok KHADAM2 DAP ni! Kalau menteri2 bodoh macam ni la maka akan terjajah la sekali lagi!


Anonymous said...

Hikmah Di Sebalik Kejatuhan Kerajaan PH*





MOHD SWAZWAN






Antara kegembiraan saya apabila naiknya kerajaan PN walau pun dari pintu belakang adalah dengan "terjumpa"nya semula kecerdikan segolongan masyarakat



1. Kes pemandu mabuk walau pun kian neningkat kini bukan lagi salah Menteri Agama mahu pun Menteri Kewangan. Ianya adalah salah pemandu tersebut kerana tidak menempah e-hailing selepas mabuk.



2. Kes Arwah Adib bukanlah satu kes kritikal yang perlu diselesaikan kerajaan dengan segera walau pun Menteri KDN dahulu adalah Perdana Menteri sekarang dan Menteri KPKT dahulu adalah sama dengan sekarang. Profile picture Arwah Adib juga dilihat telah diturunkan dan diganti dengan gambar kucing.



3. Penjualan arak kini bukanlah haram secara mutlak di seluruh negara tetapi dibolehkan kepada masyarakat bukan Islam menurut Menteri Undang-Undang dari parti PAS.



4. Hudud bukanlah lagi sebuah syariat yang wajib dilaksanakan tanpa penangguhan dan parti MCA dan MIC yang anti hudud kini merupakan rakan taawun penting dalam membina sebuah negara berbilang bangsa.



5. Dong Zhong dan UEC adalah salah satu komponen sistem pendidikan negara. Tiada lagi bantahan dan seruan pengharaman terhadap Dong Zhong dan Sekolah Vernakular. Peguam UMNO juga telah menarik saman terhadap Sekolah Vernakular pada beberapa bulan lepas.



6. Peruntukkan jutaan ringgit untuk kolej persendirian Cina kini diterima dengan hati tenang walau pun SRITI dan SMITI tidak diketahui entah dapat atau tidak sumbangan kerajaan.



7. e-wallet atau e-tunai kini adalah mekanisma penting dalam membantu meringankan bebanan rakyat dan bukan lagi mekanisma kerajaan untuk mencuri data peribadi.



8. Tiada kata-kata nista dilemparkan kepada Menteri Agama atas penutupan masjid walau pun sudah 3 bulan. Bayangkan modal politik yang boleh dilemparkan pembangkang andai Dr. Mujahid masih lagi Menteri Agama.



Alhamdulillah syukur. Ada hikmah dalam setiap kejadian, In Shaa Allah.

Anonymous said...

Wah RBA menulis komen berunsur fitnah untuk menfitnah Anon 4:00 kerana Anon 4:00 tidak mahu diperbodohkan oleh RBA.

Anonymous said...

Negara telah diturunkan pelbagai bala seperti ekonomi negara, pelaburan asing, nilai wang dll merundum dan hutang kerajaan, harga barang dan perkhidmatan , kadar pengangguran dll meningkat tinggi dan rakyat dikencing hancing sejak puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka memerintah negara selama kurang dari 2 tahun.

Anonymous said...

Wah RBA berlagak 'suci' sambil menfitnah pemimpin-pemimpin PAS dengan fitnah rasuah RM90 juta dll walaupun mahkamah M'sia belum jatuh hukum.

Ke RBA dah x walak gila babi mcm dulu?

Anonymous said...

Jika tidak fitnah, bukan Pakatan Hancinggggg namanya. Rakyat telah dikencing hancing selama 22 bulan.

Anonymous said...

Kepada penyokong PN sm PH. X payah gaduh. Tubuhkan RCI psl TH je. Baru tau sapa betul atau salah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails