Thursday, July 30, 2020

Buruan Jho Low , kini dikesan di Macau..




KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia, terbaru dikesan bersembunyi di Macau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata lokasi kedudukan itu dikesan selepas dia dimaklumkan membuat beberapa transaksi semasa berada di Macau.




"Pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki dan membawanya ke muka pengadilan.
"Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini bahawa pihak polis tidak pernah berputus asa untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dan dia sudah merompak wang negara dan kami akan terus memburunya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihak polis tidak berniat untuk melengah-lengahkan pemburuannya yang dianggap penting bagi membantu siasatan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Selain Jho Low, kita juga mendapati ahli keluarganya turut dikesan sedang berada di sekitar Hong Kong.
"Kita akan terus mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dirompak kerana disebabkannya negara dibebani hutang," katanya.
Abdul Hamid berkata, pihak polis tidak akan berhenti selagi dia tidak dipenjarakan atas kesalahannya.
Sebelum ini, polis sudah menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Hong Kong, namun tidak mendapat maklum balas positif daripada mereka.
Selain keluarga Jho Low, turut dikesan bersembunyi di Hong Kong adalah bekas Ketua Pengawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil bersama anak dan isterinya. (BH)
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

No comments:

Post a Comment