Saturday, July 18, 2020

Cari titik persefahaman, k'jaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli

Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu. - Gambar Facebook

MARANG: Kerajaan bersedia mengadakan pertemuan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.

Menurut Zulkifli, banyak surat telah diterima meminta untuk diadakan pertemuan dan pihaknya bersedia untuk mengadakannya dalam masa terdekat.

“Isu transgender ini dan juga saya telah mengadakan lawatan ke program yang dikolaborasikan oleh pihak JAKIM, JAWI untuk sama-sama membuat dialog perbincangan dengan rakan-rakan kita, transgender sahabat-sahabat kita ini.

“Ia untuk memberi sebuah pemahaman berkenaan dengan isu yang mungkin mereka boleh lontarkan dan boleh bincangkan satu-persatu. Jadi usaha ke arah itu kita akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Musa'adah COVID-19 di Marang pada Sabtu.


Sebelum ini Zulkifli memberi kebenaran kepada kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan itu sekiranya perlu.

Tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih kepada pendekatan "tarbiah". (AA)


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...

No comments:

Post a Comment