Monday, July 13, 2020

Dah jadi pembangkang baru nak cerdik!



KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat pagi ini panas dengan tikaman lidah antara ahli Parlimen pembangkang dengan kerajaan khasnya ketika sesi soalan jawab lisan.

Ungkapan “Dah jadi pembangkang baru nak cerdik,” beberapa kali diulang ketika ahli Parlimen pembangkang bertanya soalan dan mempertikai jawapan menteri.
Antaranya semasa Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain mempertikai hujah atau jawapan balas kerajaan atas soalan yang dikemukakan.
“Dah jadi pembangkang baru nak cerdik,” kata Ahli Parlimen Baling, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim semasa membidas soalan berulang oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Selain itu, pertikaian yang diutarakan pembangkang mengenai jawapan juga dibalas dengan sindiran sinis apabila mereka sendiri sebelum ini semasa menjadi kerajaan (PH) terlalu banyak jawapan yang langsung tidak konsisten mengenai sesuatu pertanyaan.
PH ketika mereka mengendalikan kerajaan selama 22 tahun banyak menjadi bahan ‘troll‘ netizen kerana beberapa pendekatan, jawapan mengenai isu semasa yang dianggap ‘lawak’ tidak seperti sebuah kerajaan.
Hari ini di Dewan Rakyat mereka sekali lagi diperlekeh kerana sikap tersebut.- HARAKAHDAILY 13/7/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails