Friday, July 17, 2020
DAP Sarawak pilih Shafie calon PM jika Anwar gagal bukti sokongan
Presiden Warisan, Shafie Apdal perlu diberi peluang membuktikan keupayaannya selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim diberi masa untuk memujuk lebih ramai anggota parlimen menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
Katanya, dengan Anwar masih menjadi pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri, perlu ada tarikh akhir bagi beliau mengumpul sokongan bagi membentuk kerajaan.
“Selepas tarikh akhir itu, Shafie perlu diberi peluang untuk membuktikan dirinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chong menambah, beliau menghormati keputusan Majlis Presiden PH pada 13 Julai lalu untuk kekal menyokong Anwar namun menegaskan bahawa Shafie juga memainkan peranan penting dalam politik Malaysia.
Jelasnya, sudah sampai masa Malaysia Timur diletakkan sebagai penanda aras untuk menjadikan negara lebih progresif.
"Kami tetap yakin bahawa Shafie Apdal tetap menjadi faktor penting dan bahagian penting dalam politik nasional terutama untuk memecahkan politik toksik perkauman dan agama yang telah terlalu lama memerangkap politik nasional dan juga mencapai inklusif yang lebih baik yang mungkin tidak pernah dirasakan oleh rakyat sebelum ini terutama dari segi hubungan Persekutuan-Negeri […]
"Memiliki perdana menteri dari Malaysia Timur akan membantu kita melangkaui politik lama yang telah lama menjebak kita dan membantu membentuk negara baru yang harmoni antara kaum dan inklusif dalam pembangunan," katanya.
Tambahnya, Shafie juga telah menunjukkan pendirian konsisten dalam memerangi rasuah apabila memilih untuk setia bersama PH meskipun ditawarkan “jalan mudah” dengan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Chong juga mendakwa dengan memilih untuk berpihak kepada PN, Umno dan PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berisiko disingkirkan oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
"Sebagai Malaysia Timur, tiada sebab untuk kami (DAP Sarawak) untuk tidak menyokong rakan Malaysia Timur, Shafie Apdal sebagai perdana menteri Malaysia," katanya. – Mkini
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 11 -Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bosan lah! Dah lebih 30 tahun asik2 kisah Mamat ni nak jadi PM!
Mana ada 30 thn. Gila ke? Ke nk mampus?
Dah tak releven reformasi. Rakyat bumiputera dah selesa dengan kerajaan sekarang. Lagi pun bang non bukanlah sosok yg boleh menjadi contoh. Refrmasi liberal sesat dan menyesatkan.
Sokobg shafie afdal PM
insyallah amin ya allah
SOKONG PM SHAFIE AFDAL
TPM DARI SARAWAK
insyallah amin ya allah
Jadikan sabah dan sarawak hub baru ekonomi pendidikan industri pelancongan dan kebudayaan agung dunia
Insyallah amin ya allah
Post a Comment