Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat pihaknya.
"Kami masih belum terima pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
"Selepas pemakluman rasmi, kami akan mengadakan mesyuarat dan akan menentukan perjalanan proses pilihan raya," katanya ringkas.
Menurut beliau, kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh SPR selepas pemakluman rasmi tersebut diterima pihaknya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah.
Katanya, pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).
Beliau berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).
Hibur Hibur Sikit
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
6 comments:
Bukankah pembubaran di Sabah ini bererti sekutu PH akan kalah KO sebagaimana PH kalah KO berturut-turut dalam PRK di Semenanjung Tanah Melayu ? Adakah PH sedang menggali kuburnya sendiri ??
Let peoples of sabah decide not by katak2. Give back the mandate to peoples.
Biar rakyat tentukan. No tebuk atap!
Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan Ketua Menteri dapat mengelakkan kluster tebukkkkk atap berlaku di Sabah.
Chow yang merupakan ADUN Tras (Pahang) memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.
Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai terutama pemilik perniagaa, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.
“Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri. Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?” soal beliau.
Apabila duduk di semenanjung tanah melayu, kenalah ikut budaya semenanjung. Jawi adalah budaya di sini. Kena ikut, ini bukan paksaan tetapi adat negara ini.
Post a Comment