Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kiri) dan isteri Emine Erdogan bergambar di masjid Hagia Sophia di Istanbul. Foto AFP
ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam menyertai ribuan umat Islam di negara itu menunaikan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia selepas mercu tanda kontroversi itu ditukar semula menjadi masjid.
Masjid berkenaan dibanjiri penduduk yang berkumpul di dalam dan luar bangunan yang diisytiharkan tapak warisan dunia UNESCO dengan sebahagiannya mengibarkan bendera negara itu dan kain rentang Islamik.
Menurut Erdogan, kira-kira 350,000 jemaah yang berhimpun di situ, namun sukar untuk mengesahkan angka sebenar.
Difahamkan, umat Islam yang ingin melaksanakan solat Jumaat di masjid itu berkumpul lebih awal sejak malam sebelumnya.
Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Ali Erbas ketika menyampaikan khutbah berkata, pembukaan semula masjid itu diibaratkan kepulangan semula tempat suci umat Islam itu kepada fungsi asalnya.
Pada 10 Julai lalu, mahkamah tertinggi Turki membatalkan status monumen enam abad itu sebagai muzium, sebelum Erdogan mengarahkan bangunan berkenaan dibuka semula sebagai tempat ibadat umat Islam.
Hagia Sophia kali pertama dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam tetapi diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada tahun 1453.- AFP
Ini, Erdogan lantunkan Al Fatihah dan Al Baqarah di Masjid Hagia Sophia
Hibur Hibur Sikit
No comments:
Post a Comment