Facebook sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid-19
PADA 18 Mei lalu, Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan 'Other Side of the Truth', yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19, bagaimanapun, Facebook merasakan sebaliknya.
Video bertajuk 'How Malaysia Did the Impossible' itu menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.
Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun FB kini menyekat capaian video itu dan iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.
Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lalu mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.
"Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.
"… dan satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan - contohnya memberikan perkhidmatan Internet percuma," katanya menerusi klip video berkenaan.
"Ini amat mengecewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam melawan Covid-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia," katanya.
Pfundheller yang juga pakar bedah pergigian sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau bekerja keras untuk memberikan penghargaan sepatutnya kepada Malaysia.
"… tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan.
"Saya tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia," katanya.
Pfundheller berkata, platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.
"Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara, ...semuanya perlu mendapat layanan saksama," katanya.
Berita berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Facebook sekat puji Malaysia. Adakah kerana ada pantauan tangan ghaib atau mafia antarabangsa yang menguasainya?
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
5 comments:
FB juga menutup fb yang menentang LGBT kerana FB adalah kepala bapak maksiat.
Konspirasi Mujahid Dan Lim Guan Eng Melelong Aset Tabung Haji Terbongkar ???
http://theunspinners.blogspot.com/2020/07/konspirasi-mujahid-dan-lim-guan-eng.html?m=1
Ada dalang yahudi yang tak dapat jadi PM dan DAP avanglista yang tak kesampaian cita cita jadikan negara ini liberalisma, pluralisma agenda Hand of God the Choosen Land of Gid yang di dakwa ajaran Jeudo Christianity melalui wakil spt Hannah Yeoh
Kalau korang rajin post ayat dan sumber yg benar dlm beragama dlm membantah geng yg menyimpang tunggulah pihak fb amek tindakkan pd korang.
Boikot facebook. Tokey dia yahudi.
Korg guna FB gak, sm la bersubahat dgn yahudi
Post a Comment