Wednesday, July 15, 2020

Isu TH: PH tidak perlu gembira



SAYA tak faham sebab apa Pakatan Harapan (PH) ini gembira tak ketahuan hala pasal jawapan di Parlimen isu Tabung Haji.

(1) Kita tak pernah kata Tabung Haji dikuasai bukan-Islam. Nak kuasai apa benda Tabung Haji itu kan sebuah agensi badan berkanun kerajaan. Yang kita sebut adalah terdapat aset-aset Tabung Haji yang telah dijual kepada syarikat bukan-Bumiputera. Yang kita sebut adalah aset-aset yang dipindah milik ke UJSB berisiko untuk hilang daripada pegangan umat Islam.
Ini isunya.
Apakah kenyataan itu salah? Bukankah TH Plantations Berhad pada 5 Disember 2019 telahpun mengisytihar penjualan dua anak syarikat mereka yang memiliki ladang seluas 6,514 hektar kepada sebuah entiti non-Bumiputera bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd? Sudahlah begitu, harga jualan pula lebih rendah daripada harga penilaian. [1]
Begitu juga dengan 111.3 juta unit saham yang asalnya milik Tabung Haji telah dilupuskan UJSB pada awal Mac 2020. Bukankah itu bermakna aset tersebut telah terlepas daripada pegangan umat Islam?
Apabila kita sebut umat Islam, kita maksudkan ummah itu secara keseluruhan. Jika sekiranya aset-aset itu dibeli oleh syarikat milik Muslim sekalipun, ia masih dianggap sebagai terlepas daripada pegangan umat Islam. Sebab individu atau syarikat milik Muslim ini tidak bertanggungjawab ke atas kepentingan umat secara keseluruhan. Berbeza dengan Tabung Haji.
Takkan benda ini PH tak faham? Ini dah macam mengajar budak darjah tiga.
(2) Begitu juga kita tidak pernah menafikan keuntungan atau nilai aset Tabung Haji telah meningkat pada tahun sebelum ini. Yang kita pertikaikan adalah kaedah yang bagaimana keuntungan tersebut dijana sampai Kekanda begitu galak claim itu jasa dia.
Saya beri contoh tahun 2019. Jumlah pendapatan Tabung Haji adalah sebanyak RM3.19 bilion. Tetapi daripada jumlah tersebut, RM1.63 bilion atau 51 peratus daripadanya datang daripada pendapatan sukuk Urus Harta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
Sukuk ini bukan tunai pun. Tak masuk akaun Tabung Haji pun. Ia hanyalah kertas hutang yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 dan 9 tahun. Sudahlah begitu, sukuk ini pun tiada jaminan kerajaan yang menyebabkan Tabung Haji menanggung risiko yang amat besar sekiranya UJSB gagal membuat bayaran dalam tempoh sepatutnya.
Apa jadi kalau UJSB tutup kedai? Bukankah ketika itu Tabung Haji terpaksa write-off (hapus kira) hutang tersebut?. Kalau hutang itu tak boleh dibayar, dah itu rekod pendapatan yang dicatat pada 2019 itu nak kira lagu mana?
Jika UJSB gagal bayar, maknanya pendapatan Tabung Haji tahun lepas cuma RM1.56 bilion.
Dengan kata lain, rekod itu akan menjadi salah. Sebab duit itu tak boleh dibayar. Jadi hibah yang diberikan bagi tahun lepas pun akan dipertikaikan.
Inilah salah satu sebab kenapa Laporan Kewangan Tahunan tak boleh keluar. Nak suruh keluar, kerajaan kena jamin dahulu sukuk tersebut. Maknanya jika UJSB tak boleh bayar, kerajaan akan bayarkan. Dengan kata lain, rekod pendapatan 2019 itu akan menjadi sah kerana pembayarannya terjamin.
Faham ke tidak?
(3) Sebab itu pengurusan lama guna kaedah penilaian Net Realisable Value (NRV) atau Nilai Realis Bersih Aset. Kaedah ini adalah satu amalan yang dah diterima dalam Generally Accepted Accounting Principles (GAAP).
Kaedah ini lebih sesuai untuk menilai harga aset terutama dalam bentuk saham kerana sifat harga saham itu yang flunctuate. Hari ini RM1. Minggu depan jadi 50sen. Bulan depan naik kepada RM2 pula. Dah itu kita nak pakai nilai berapa? Pakai NRV lah.
Sebab itu GLIC besar pada zaman PH seperti Khazanah Nasional pun menggunakan kaedah ini dalam penilaian aset mereka [2]. Yang peliknya bila Tabung Haji pakai, dikatakan penipuan akaun. Bila Khazanah zaman PH pakai tak ada masalah pula.
Sejak bila perakaunan ini ada dua jenis hukum? Halaluna wa Haramukum?
Awak ingat jaga agensi kerajaan dan GLC ini macam main Saidina ke?
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Serdang Selangor – HARAKAHDAILY 15/7/2020

11 comments:

Anonymous said...

Yang pasti duit TH telah diselewengkan dahulu sebelum PH pegang. Ini hakikat !

bob said...

Ooooo kenapa tak terang natang ni dulu lagi...kenapa PM dan menteri agama bodoh sgt...elok sgt saudara penulis g terang kat PM bg dia faham....mungkin UTITM boleh terang kat PM lepas baca artikel ni.....amik tindakan pada mujahid...kalo ada salah saku....or mmg TH sebelum mujahid mmg untung besar? macam ne plak hal pembelian tanah TRXe...katanya beli lebih dr harga pasaran...kenapa TH xminta ngan kerajaan masa itu....1mdb beli murah ajer(hutang bank) dr dr kerajaan...apa kerajaan xnk bg TH untung ker????

Anonymous said...

Jual bawah harga pasaran. Ngapa mujahid buat hal sedemikian. Gahnya bukan main. Jika jujur, jual ikut harga pasaran. On paper jer ph ikut harga bawah pasaran, side bincang ikut harga pasaran. Differentnya satu untuk engkau dua untuk aku.

Anonymous said...

Aku cadangkan, penulis, blogger sama walaun tengok balik ceramah ustaz dusuki psl jual aset tabung haji ni.
Bukan main lg walaun terpekik terlolong last2 fitnah semata2. Korg tunggu la azab org kuat fitnah ni..

Anonymous said...

Enggan letak jawatan akhirnya Nik Omar dipecat dari Yadim serta merta.

Anonymous said...

Hidup mati mamat ni walaq kat dap. Mungkin sokong dap bawa ke syurga.

Anonymous said...

Sokong pas wajib msk syurga ke?

Anonymous said...

Dia dah kenyang dpt gaji. Lantak dia la!

Anonymous said...

Tabung Haji - Jawablah lebai2 weh bila mati sekso...

Jawablah kau di akhirat nanti dan di alam kubur yang selalu kau ceritakan itu.
Jangan di akhirat nanti tertunduk2 malu kau pada Dr Mujahid...

Image may contain: 3 people
Syukur PN yang perintah, dapat tahu sapa yg menipu sebenaqnya...

Image may contain: text
Hampir 2 Tahun , Para agamawan, Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group2 Whatsapp, termasuk Group Whatsapp taman hatta Group Masjid.. Jangan kata Group Whatsapp, hatta dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitnah Dr Mujahid jual aset Tabung Haji..Jual Aset Ummat Islam, apalagi kata jual kat Cina..Tujuan mereka menyemai kebencian kepada Dr Mujahid dan Kerajaan PH..

Pengstrukturan Tabung Haji yang dilaksanakanoleh kerajaan PH tempoh hari bukan saja berjaya, tetapi menakjubkan.. Jual beli aset berupa saham, perladangan mahupun hartanah adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat pelaburan seperti tabung Haji, begitu juga yang dilakukan KWSP dan Khazanah.. apa yang penting Aset dan keuntungannya bertambah..

Dengaq kata Ostad Dusuki syukur sebab dapat tahu TH untung.. Patutnya bukan kena syukur.. kena mohon maaf, bertaubat sebab mengfitnah Dr Mujahid tak henti2 dalam Kuliah2nya.Takda rasa bersalah langsung.Apa dia ingat dia pegang kunci Syurga dan Neraka sampai takdak Dosa langsung... - f/bk

Anonymous said...

Tulisan mamat ni lebih kepada penafian atas rasa iri hati sebab ph telah membawa keuntungan kepada TH. Itu Fakta. Selain dari menyalahkan PH tak ada satu perkataan pun yang penulis gunakan utk mengambarkan penyelewengan TH di zaman BN sblm PH mengambilalih tampuk pemerintahan. Aku x rasa penulis ini patut diberikan kredit atas penulisan beliau selain dari rasa sakit hati. Itu saja

Anonymous said...

Islam lah sangat kamu ni .try check BMF pas kemana dah? Kelaut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails