Sunday, July 26, 2020

'Jadikan al-Quran itu seperti oksigen..' -Penyanyi 2 Beradik.


HALAMAN HIBURAN
Ikon celik al-Quran


AMAL kebajikan tidak akan terhenti walaupun saat dunia dilanda pelbagai ancaman. Tidak kiralah sama ada ancaman perang fizikal mahupun berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat seperti pandemik Covid-19.
Bagi pasangan penyanyi duo adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi, kedua-duanya tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja amal untuk manfaat orang di sekeliling mereka.
Jika sebelum ini, nama dua beradik ini cukup serasi dengan pelbagai misi kemanusiaan di dalam dan luar negara, kini disebabkan beberapa kekangan, mereka hanya dapat melakukan misi kemanusiaan di dalam negara.
"Sepatutnya menjelang Aidiladha kami akan melakukan ibadat korban di Bangladesh dan Afrika selain Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan krisis Covid-19 yang melanda dunia, kami tak dapat pergi ke negara itu," kata Heliza.
Bercerita mengenai ibadat korban dan misi kemanusiaan, Heliza juga berkongsi pengalamannya menyembelih kambing.


"Sebelum ini, kami pernah ke Afrika dan berpeluang melakukan sendiri proses menyembelih kambing. Masya-Allah, itu adalah pengalaman berharga dan tak sangka dapat peluang itu," katanya.
Hazwani pula menambah, walaupun saiz kambing tidak sebesar lembu, ia masih memerlukan banyak kudrat.
"Kalau nak sembelih lembu, lagi banyak tenaga diperlukan. Jadi, kami sembelih kambing saja dahulu," katanya.
Selain itu, Heliza dan Hazwani juga kini sedang menantikan makluman daripada badan bukan kerajaan yang disertai mereka mengenai misi kemanusiaan ke Syria.


"Kami masih menantikan maklumat daripada mereka buat masa sekarang. Mungkin kerana krisis yang melanda dunia, banyak aspek perlu dipertimbangkan. Selain itu, kami juga baru pulang dari Pahang dan melihat sendiri keadaan lembu yang akan dikorbankan," katanya.
Selain itu, dua beradik ini juga kini diangkat ikon program Jom Celik Al-Quran, hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan Istitut Pengajian Al-Quran (IPaQ).
"Kemampuan membaca al-Quran saya masih pada tahap yang lemah dan merangkak. Jadi, saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan pembelajaran saya untuk belajar al-Quran.
"Nak dijadikan cerita, saya dihubungi seorang ikon program ini iaitu Ustaz Rushdi Al-Jauhari dan dia menerangkan mengenai sistem pembelajaran dalam program Jom Celik Al-Quran ini.
"Jadi, saya dan Hazwani tak mahu sekadar kami saja yang belajar dan ingin kongsikan ilmu ini dengan semua orang," kata Heliza.
Bagi Hazwani, ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus yang dilakukan oleh pihak MAIWP.
BERSAMA rakan artis yang turut terpilih sebagai ikon Program Celik Al-Quran.
BERSAMA rakan artis yang turut terpilih sebagai ikon Program Celik Al-Quran.


"Inisiatif ini adalah satu perkara yang patut diberikan pujian kerana manfaatnya akan berlaku secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. Lihat saja barisan ikon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Ditanya mengenai tugasan mereka sebagai ikon untuk kategori generasi muda, Heliza dan Hazwani akan menggunakan platform media sosial sebagai wadah untuk berkongsi ilmu al-Quran.
"Kita gunakan platform media sosial dengan sebaik mungkin. Kalau kita lihat, zaman sekarang wujud pelbagai trend yang boleh dikatakan sangat maju. Jadi, proses pembelajaran al-Quran juga haruslah maju dan kalau boleh mendahului," kata Heliza.
Menurutnya, proses pembelajaran al-Quran juga mungkin boleh menarik minat golongan muda terutama kanak-kanak sekiranya ia dicorak dalam bentuk lagu.
"Contohnya, di sekolah dahulu mata pelajaran Kimia memerlukan kita untuk hafal banyak fakta. Jadi, apabila dijadikan dalam bentuk lagu, ia mudah diterima dan dihafal.
"Begitu juga dengan cara belajar al-Quran. Sekiranya ia dilagukan, mungkin akan lebih mudah dan pada masa sama dapat menarik perhatian generasi muda dan kanak-kanak," katanya.
Bergelar ikon untuk program ini tidak menjadikan kedua-dua penyanyi ini rasa terbeban, sebaliknya menganggap ia sebagai tambahan rohani untuk diri mereka.
"Allah akan mudahkan urusan kita apabila peruntukan waktu untuk al-Quran," kata Heliza.
Hazwani pula mengajak masyarakat supaya sentiasa menjadikan al-Quran sebagai satu kepentingan dalam hidup.
"Jadikan al-Quran itu seperti oksigen untuk kita kita sentiasa memerlukannya," katanya.
Selain Heliza dan Hazwani, program Jom Celik Al-Quran turut membariskan ikon lain iaitu Ustaz Rushdi Al-Jauhari, Adam Corrie Lee, Lisdawati dan Zila Bakarin. (Mymetro)


Hibur Hibur Sikit

21 comments:

  1. Pas tak de niat pun nak bentangkan dan dptkan kelulusan ruu355. Apa yg pas buat selama ini hanyalah helah untuk mendapatkan sokongan orang² islam dan melayu. Buktinya, walaupn dah ada kuasa, pas tau dia tak mampu untuk mengangkat martabat ruu355. ..kalau tidak ,tak kan timbalan menteri kata nak perhalusi..itu jawapan melarikan diri sebenarnya. Pendek kata, pas tak mungkin berjaya dengan ruu355 walaupn kami mendesak dipercepatkan..apatah lagi ade abang besr mca dua butir yg mereka sangat hormati!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas ade niat nak bentangkan dan dptkan kelulusan ruu355. Apa yg pas buat selama ini adalah untuk mendapatkan sokongan orang² islam dan melayu dan orang kafir supaya RUU355 boleh diluluskan. Buktinya, walaupn dah ada kuasa, pas tau pas perlu mengangkat martabat ruu355 mengikut peraturan negara dan perlembagaan negara kerana PAS adalah sebahagian dari kerajaan. ..sebab itulah timbalan menteri kata nak perhalusi..itu jawapan yang benar. Pendek kata, pas mungkin berjaya dengan ruu355 walaupn puak kafir harbi dan khadam munafik liberal menentang apa sahaja berlabel Islam seperti RUU355... apatah lagi ade abang besr kafir harbi roket yg mereka sangat hormati Dan jilat !!

      Delete
    2. Niat aje tak guna kalau x buat..bila nak buat? Dulu kanmain kehulu kehilir terpekik terlolong rru..rru...bila dah ada kuasa eh..lain pulak nadanya..perlembagaan persekutuan yang kafir dan toughut jugak yang pas ikuti..bang, kalau mulut tak seiring dengan perbuatan, orang akan gelar bengong..pas ni bengong ke?

      Delete
    3. Wah RBA ternakan parti kafir harbi roket menyalak histeria kerana sudah hilang sabar untuk mengagalkan RUU355 kerana puak roket sangat memusuhi Islam dan umat Islam. Inilah akibat RBA makan dedak cap roket dari sumber haram seperti terowong haram. Kasihan.

      Delete
    4. Wahh..walaun bodoh melampau ternakan MCA dah kena badi cap roket. Pas lembu dah jadi kera jaan pun takut Dap. X penat ke jadi bodoh??

      Delete
  2. Siapa yg main² dengan ruu355 ni sebenarnya? Tak takut ke kena tanam di jirat cina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak kafir harbi dan khadam liberal mereka yg menfitnah, memburuk-burukkan dan menentang ruu355 ni kerana mereka bencikan undang-undang syariah maka mereka layak ditanam di jirat cina.

      Delete
    2. Dengan budaya takfiri(mengkafir) segar di dalam pemikiran pentaksub dan walaun, tak mustahil sesiapa yang tidak menyokong pas akan digelar kafir sedangkan maksud ayat alquraan menyatakan

      ..tidak akam masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada iman walau sebesar biji sawi...

      Delete
    3. Bukan ayat alquraan bang,..hadith nabi tu

      Delete
    4. Jika seseorang sanggup menjadi alat kafir harbi @ musuh Islam seperti puak DA-Pigs untuk menghina Islam, menafikan atau menghina ajaran Islam, menolak atau menentang hukum Islam seperti Hudud dan menafikan hak umat Islam untuk melaksanakan ajaran Islam, maka dia juga tergolong kepada musuh Islam kerana dia mengingkari perintah Allah dan RasulNya Yang bererti dia tidak berikan walaupun sebesar biji sawi.

      Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
      مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

      Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667]

      Allah berfirman;

      ‎وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ

      “Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah: 44)

      Delete
    5. Pembetulan perenggan 1 Komen 11:29

      Jika seseorang sanggup menjadi alat kafir harbi @ musuh Islam seperti puak DA-Pigs untuk menghina Islam, menafikan atau menghina ajaran Islam, menolak atau menentang hukum Islam seperti Hudud dan menafikan hak umat Islam untuk melaksanakan ajaran Islam, maka dia juga tergolong kepada musuh Islam kerana dia mengingkari perintah Allah dan RasulNya yang bererti dia tidak beriman walaupun sebesar biji sawi.

      Delete
    6. Benar..ayat² ni kebanyakannya terpulang balik kepada golongan yg dont walk the talk..cakap aje lebih..bila dah ada kuasa berdolak dalih..

      Delete
    7. Setuju dengan Anon 10:21 bahawa Pakatan Hancing pimpinan gonna end kepala bapak kafir harbi roket don't walk the talk dengan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

      Delete
  3. Budaya takfiri(mengkafir) menjadi amalan sekutu dan pengikut parti kafir harbi DA-Pigs kerana mereka mengkafirkan diri mereka dengan bersekongkol dengan DA-Pigs menghina dan menfitnah ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam. Tindakan mereka juga bererti mereka juga menentang Allah dan RasulNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh mudah untuk puak RBA bahlol:

      Jika RBA yang kononnya beragama Islam menyertai tentera kafir menentang tentera Rasulullah S.A.W. ,maka RBA itu mati terbunuh sebagai orang kafir.

      Delete
    2. Apa yg ko mengarut ni setann??

      Delete
    3. Wah RBA 9:15 menyalak histeria seperti setann.

      Delete
    4. Anjing pas kembali lg..woof2

      Delete
    5. Anjing RBA roket menyalak gembira woof woof 100 Kali setiap kali gonna end beri tulang. Bodoh pints RBA, tuan roket makan daging, RBA makan tulang.

      Kah kah kah 1000 Kali ...

      Delete
  4. Teruk betul budaya kafir mengkafir walaun² mca skrg..

    ReplyDelete
  5. Macamana pulak kalau dulu berapi² hendakkan ruu..sanggup tanam org kat jirat cina..bila dh ada kuasa tiba² semua kecut..tak ke munafik namanya tuan² sekelian? Di mana tempat orang² munafik di akhirat nanti tuan²?

    ReplyDelete