‘Saya sebut dalam munajat, pisahkan roh dari jasad kamu’
“Anda boleh maki dan kutuk saya berapa puluh gantang pun yang anda mahu.
"Kerana saya sudah sedia maklum anda berpolitik secara yang paling tidak bertamadun.
“Tapi jangan melampau. Sampai sudah tidak tinggal sisa lagi kehormatan saya maka tiada cara lagi selain saya menyebut nama kamu dalam pengaduan saya kepada tuhan,” katanya.
Menulis di Facebook, Mokhtar berkata, walaupun pihak itu bersembunyi di sebalik nama atau akaun palsu, tuhan mengetahui apa yang disembunyikan.
“Mulai malam ini, nama kamu akan saya sebut saat saya bermunajat kepada Allah.
“Agar Allah memisahkan roh kamu dari jasad kamu,” katanya.
Anggota jawatankuasa pusat PAS itu juga berkata Allah tahu bahawa dia tiada sebarang kesalahan pada individu itu.
“Saya mohon seluruh teman yg mengenali saya aminkan doa saya ini setiap mlm.
"Moga menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya yang menyebut laporan polis telah dibuat.
Kelmarin, pentadbir Facebook Mokhtar memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, tetapi tidak menyebut secara khusus kandungannya.
Minggu lepas beliau mendakwa terdapat pihak menyalah guna nombor telefonnya.
Mokhtar sejak minggu lalu berdepan serangan di media sosial, khususnya oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Alexander Pittsuwan Thomprason.
Alexander Pittsuwan Thomprason Malaysiakini tidak melaporkan dakwaan terperinci berkaitan Mokhtar sementara menunggu maklum balasnya.
Portal ini telah berusaha menghubunginya sejak minggu lalu, termasuk melalui media sosial. Sementara itu, Alexander pula berkata dia sedia berdepan Mokhtar di mahkamah.
6 comments:
What kind of ust is this. Doa orang supaya allah pendek umur org. Kita doa yg terbaik walau pun kpd musuh kita sekali pun. Tak pernah iman2 masjid doa atau ajar kita mustajat yg tak baik utk org.
Tulah kalau tak reti pi belajar lagi, simpan sikit bodoh tu... Kau tahu berapa kali Rasulullah doakan musuhnya hancur binasa, hatta bekas menantunya pun Rasulullah doakan mati di baham harimau... Pernah dengar tak? Penah dengar tak apa sebab nabi dia qunut nazilah berbulan bulan? Penah dengar tak nabi doa apa pada raja kasar yang koyak kan surat baginda, pernah baca tak doa nabi pada abu jahal and the gang yang letakkan usus unta atas tengkuk ya ketika baginda sujud?
Lain kali pi belajar sebelum tunjuk pandai dengan ulamak. Baca fatehah tunggang langgang ada hajat nak hina ulamak.. Piiiilah mabukkk
Unknown 9.59. Ko ngaji kitab mana ni? Bagi aku link atau judul kitab tu
Tulah kau jenis tak mengaji, semua nak orang suapkan, kau carik lah sendiri, kau ingat aku berani nak reka reka cerita kisah nabi ni, nak masuk neraka bolehlah reka-reka hadis nabi
Anon 9.59. Tahu cakap tapi tak ada fakta. Tanya kitab tak berani. Macam kata dunia ini tak bulat. Tanya fakta tak tahu.
Xkena ke batang hidung senangla cakap. Cuba orang fitnah ko, satu malaysia kutuk ko. Ko rasa cmne. Ckp mcm xde akai
Post a Comment