Kehidupan To’ki menarik perhatian ramai selepas foto pondok yang didiami bersama isteri di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu. Foto NSTP/Asyraf Hamzah
HALAMAN HIBURAN
'Kami bukan orang susah'
GOMBAK: Biarpun tempat berteduh tidak sempurna di mata orang, isteri penyanyi To'ki tidak pernah menganggap keadaan itu suatu kekurangan.
Luah Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, atau mesra dipanggil Fairuz, pondok kecil itu tetap indah di matanya.
"Usahlah tulis tempat tinggal kami pondok usang. Mengapa tidak menyatakan ia pondok yang indah. Keadaan kami tidaklah terlampau teruk walaupun rumah kecil tapi indah.
"Usahlah tulis tempat tinggal kami pondok usang. Mengapa tidak menyatakan ia pondok yang indah. Keadaan kami tidaklah terlampau teruk walaupun rumah kecil tapi indah.
"Kami bukan orang susah, tidak cukup makan atau keperluan. Memang kami bukanlah orang kaya, tapi apa yang ada mencukupi," katanya ketika ditemui BH Online di pondoknya di Batu 12 di sini, hari ini.
Selepas berita kehidupan To'ki atau nama sebenar, Mohd Zaki Mansur, tular, Fairuz tidak terlepas terkena tempias.
To’ki bersama isteri, Fairuz di pondok yang didiami mereka di Batu 12, Gombak. Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Sejak tiga hari lalu, Fairuz memberitahu, dia dihujani panggilan telefon dan mesej, tidak kira daripada ahli keluarga, saudara-mara, malah rakan-rakan lama.
"Bayangkan, jiran rumah lama yang tidak tahu menahu mengenai kisah saya sebelum ini menghubungi. Saudara-mara pun ramai yang telefon bertanya.
"Jujurnya, malu pun ada, sehingga saya tidak menjawab panggilan telefon. Bukan apa, ramai yang menghubungi menyatakan hasrat untuk datang menghantar sumbangan.
"Saya hargai sikap prihatin itu. Tapi kami bukanlah orang susah yang tidak cukup makan... Alhamdulillah, semuanya mencukupi.
"Saya rasa macam nak pekakkan telinga pun ada dan tidak mahu membaca mesej yang diterima," katanya.
Tidak dinafikan, sehingga petang tadi, pondok mereka tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Ada yang datang untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan seperti barangan keperluan.
Bagaimanapun, wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini akur tumpuan diterima kerana suami yang dikenali ramai. Biar apapun, Fairuz bersyukur atas keprihatinan semua pihak.
To’ki dan isteri, Fairuz bahagia mendiami pondok mereka yang ketika ini tidak putus-putus dikunjungi teman, saudara-mara dan individu prihatin yang mahu menghulurkan bantuan. Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Melihat keadaan dirinya yang bertongkat berikutan kemalangan pada 10 Jun lalu, Fairuz berkata, dia sukar berjalan selepas tulang pinggulnya patah.
"Disebabkan itu, ligamen saya lari. Kaki saya sukar untuk berpijak. Doktor nasihat kalau mahu tulang pinggul kembali bercantum, kaki saya tidak boleh jalan bertapak tiga bulan.
"Bulan depan, saya ada pertemuan dengan doktor. Dia akan teliti sama ada saya perlu jalani fisioterapi atau tidak," katanya. (BH)
- Perhatian:
- Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
- Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana mendapatkan benihnya?
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
No comments:
Post a Comment