Friday, July 17, 2020

Keluarga Adib mahu saman PDRM

Muhammad Adib

KELUARGA Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.
Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.
"Saya kehilangan anak tetapi kematiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.


"Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah," katanya ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.
Mohd Kassim yang juga pesawah berkata, keluarganya sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia.
Katanya, keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.
"Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajal, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah," katanya yang tinggal di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.
Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.
Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

2 comments:

  1. Kalau ada PM pemimpin ada bau bau PH lagi mungkin sukar sket nak siasat kalau pemimpin MN dah laju kena siasat ni...


    Tu la beza MN dan PN... ingat bau bauan sang fitnah jijik lidah bercabang masih ada lagi dalam kerajaan PN...

    Segerakan PRU baru bersih pemimpin yang ada bau bauan fitnah jijik lidah bercabang ni...


    hampehhhh... walaun unta pH kena la ingat membatu apikan PAS dan UMNO tak jalan sbb PM dan pemimpin yang bersekutu masih ada bau bauan fitnah jijik sang lidah bercabang.

    Klu stakat geli geli membatu api ni boleh jalannn laaa


    Segerakan PRU...!!

    ReplyDelete
  2. Haram untuk orang, halal untuk mereka. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Pas selepas mereka menjadi kerajaan, dakwa Pemuda AMANAH.

    Ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataannya mendakwa inilah yang ditunjukkan Pas dalam kes perlantikan Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (Yadim).

    “Inilah hipokrasi dan cakap tak serupa bikin yang ditunjukkan Pas.

    “Haram untuk orang lain, halal buat mereka.

    “Tidak boleh jika dibuat orang lain, boleh pula jika mereka yang buat,” kata Shazni.

    Sehubungan itu, beliau berkata, jangan pula pelik seandainya selepas ini rantaian dalil ditunggang semahunya untuk menjustifikasikan pelantikan ini, asalkan sahaja jawatan dan elaun belasan ribu ini kemas dalam dakapan.

    “Tahniah PAS!” kata Shazni berikutan perlantikan Nasrudin Hassan sebagai YDP Yadim yang baru selepas Nik Omar Nik Aziz dipecat dari jawatan itu.

    Menurut Shazni, setahun yang lepas, Ketua Pemuda Pas telah mengkritik tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menurut beliau melantik individu politik sebagai YDP Yadim.

    Tulisan pojok di laman Harakahdaily juga dengan ‘menyinga’ menyatakan ‘YADIM bukan tempat eksperimen untuk memakan gaji buta’.

    Hari ini (semalam), katanya, apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi diumumkan sebagai YDP Yadim bagi menggantikan Nik Omar, tidak pula kelihatan mana-mana pemimpin Pas termasuk Ketua Pemudanya tampil mengkritik tindakan sedemikian rupa sebagaimana yang berlaku ketika era PH dahulu.

    ReplyDelete