Tak Melayu hilang di dunia Insya-Allah
PORTAL berita FMT melaporkan pandangan dua orang penganalisis politik yang berpendapat kemenangan PRU ke-15 terletak pada gandingan Umno, PPBM dan PAS.
Dr Kamarul Zaman Yusoff dari UUM dan Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari UM menyatakan kiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan parti-parti Melayu ini selain sokongan parti-parti lain dapat dibentuk dan menghadapi PH satu lawan satu, undi Melayu tidak akan berpecah dan PN bakal punya cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
Namun masalahnya ketiga-tiga parti ini perlu selesaikan segala perbezaan antara mereka dan pada pandangan kedua pakar ini kesepakatan yang dimaksudkan sukar dicapai kerana terlalu banyak perbezaan sesama mereka. Benarkah begitu?
Dr Kamarul Zaman Yusoff dari UUM dan Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari UM menyatakan kiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan parti-parti Melayu ini selain sokongan parti-parti lain dapat dibentuk dan menghadapi PH satu lawan satu, undi Melayu tidak akan berpecah dan PN bakal punya cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
Namun masalahnya ketiga-tiga parti ini perlu selesaikan segala perbezaan antara mereka dan pada pandangan kedua pakar ini kesepakatan yang dimaksudkan sukar dicapai kerana terlalu banyak perbezaan sesama mereka. Benarkah begitu?
Menurut Dr Kamarul beberapa segmen dalam PAS dan Umno merasakan PPBM cuba menjadi abang besar. Manakala menurut Dr Awang Azman sukar bagi akar umbi Umno dan PAS menerima PPBM lantaran permusuhan menjelang PRU lalu.
Realitinya hari ini ketiga-tiga parti bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan. Ketiga-tiga parti diwakili dalam Kabinet Persekutuan selain negeri-negeri di Semenanjung kecuali P.Pinang, N.Sembilan dan Selangor.
Rakyat jelata di luar khususnya umat Melayu Islam begitu senang hati dengan gandingan ini, perpaduan ummah yang mereka impikan sedang mereka saksikan. Benarkah ketiga-tiga parti sukar bermuafakat?
PAS dan Umno demi menyatupadukan kuasa politik Melayu Islam telah bermuafakat dengan mengenepikan perbezaan masing-masing sejak September 2019.
Muafakat Nasional yang dibentuk cukup dialu-alukan rakyat dan berpotensi muncul sebagai kuasa politik baru menjelang PRU15. Bagaimana dengan PPBM?
Memang semua parti punya perbezaan. Jika perbezaan ini yang dibahaskan memang ia akan berpanjangan dan tiada kesudahan. Tetapi jika semua pihak menghargai dan menghormati pengharapan rakyat di luar sana. Rakyat yang mahu melihat kuasa politik Melayu kembali unggul dengan melimpahkan keadilan buat semua maka inisiatif yang ikhlas dan jujur perlu diambil.
Jika semua pihak akur sebagaimana pandangan Dr Kamarul bahawa tiada parti boleh beroleh kemenangan secara bersendirian hari ini, maka segeralah berunding dan bermuafakat.
Bincang dan bermuhasabah baik-baik dengan penuh kesabaran dan jiwa yang besar. Nasib dan masa depan umat Melayu Islam terletak di tangan kita. Jangan kerana kegagalan kita bermuafakat, akibatnya kaduk kembali naik junjung, bumi dipijak kembali menjadi milik orang.
Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika al-Quran dan Hadis menjadi pedoman dan panduan. Tidak perlu angkuh, tidak perlu tamak, tidak perlu sombong. Bina politik yang baru berbekalkan pengalaman kegagalan yang lampau. Tak Melayu hilang di dunia insya-Allah.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 24/7/2020
Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
3 comments:
Igtkan gandingan nak tegakkan hukum Allah. Tp gandingan nak rebut kuasa. Hudud sm ruu355 apa citer? Bape ramai yg dah dikapirkan siap nak tanam kat jirat cina??
Andaian prof madya dr kampung....hancur lenyap umno pas dan bersatu.amin ya allah
Bagi kuasa kat dapig hancur malaysia. Yg sokong pun parti melayu liberal. Berebut kuasa akhirnya tumbang. Madey tumbang bang non pun tumbang. Lepas ni kita usaha untuk pastikan dapig pun tumbang.
Post a Comment